Wajah Terkini Pelakon Nia Ramadhani Tular Selepas Dia Ditangkp Polis Kerana Hisap Dadahh. Memang Berbeza Betul

Selepas pelakon Nia Ramadhani membuat pengakuan mengambil da.dah jenis sya.bu bersama suaminya, Ardi Bakrie sejak lima bulan lalu, tular dalam media sosial wajah pelakon itu yang kelihatan cengkung.

Menerusi laman Twitter @hibooran, beberapa tangkap layar foto Nia berbaju merah jambu dalam keadaan cengkung, kurus dan pucat dimuat naik dalam laman sosial tersebut.

Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih itu sememangnya terkenal dengan kejelitaannya telah membuatkan ramai pengguna Twitter terkejut melihat keadaan dirinya yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.

SEBELUM DAN SELEPAS

Wajah Nia Ramadhani dengan Mata Sayu di Instagram Jadi Sorotan Sebelum Ditangkap Polisi Karena Narkoba

Rata-rata memaklumkan bahawa mereka tidak menyangka penampilan Nia mengalami perubahan ketara, lebih-lebih lagi selepas membuat pengakuan mengambil bahan terlarang itu.

“Sebelum ini dia (Nia) selalu dipuji masih kelihatan cantik walaupun tanpa solekan. Kenapa sekarang jadi begini?” Komen salah seorang pengguna Twitter.

“Kehidupan mewah dengan harta yang melimpah tidak menjamin kebahagiaan. Dia mencari bahagia dengan cara yang salah,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Dalam pada itu, terdapat juga komen yang mengatakan bahawa Nia sebenarnya mengamalkan pemakaian susuk untuk kelihatan cantik dan menawan.

Terdahulu sejak pagi tadi, tular dalam media sosial apabila Nia dan suaminya ditangkap polis di kediamannya di daerah Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan pada pukul 3 petang semalam bersama pemandu peribadinya yang dikenali sebagai ZN atas kesalahan da.dah.

Nia Ramadhani, suami ditahan terbabit kes dadah | Astro Awani

Pelakon itu bersama suami mengaku mengambil da.dah jenis metham.phet.amine atau syabu sejak lima bulan lalu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat semalam.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan barang bukti berupa da.dah jenis sya.bu seberat 0.78 gram.

Jika sabit kesala.han ketiga-tiganya berdepan dengan huku.man empat tahun penja.ra.

Usai Nia Ramadhani Tertangkap, Polisi Sebut Ardi Bakrie Serahkan Diri - Suara Jakarta

Sumber : Kosmo Online

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*