Dapat Merakam Aksi Beberapa Penduduk Cuba Lepasi Kawad Duri. PDRM Beritahu Kawasan Mana Ia Berlaku

Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai penagih dadah yang melarikan diri daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai selepas kelibat dua lelaki meloloskan diri dengan merangkak di bawah kawat duri tular di media sosial hari ini.

Kedua-dua suspek dipercayai seorang pena.gih da.dah dan melarikan diri ke kawasan belakang sungai pErumahan awam terbabit sebaik melepasi kawalan kawat duri yang dipasang.

Polis sedang dalam proses mengesan dan mem.buru kedua-dua dua suspek berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjang.kit (Akta 342).

Katanya, anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berkawal di lokasi terbabit sedang dalam tindakan menutup kebocoran kawat duri tersebut.

Terdahulu tular video berdurasi 2.04 minit di FB di mana dua lelaki merangkak sebelum berjaya meloloskan diri mereka daripada kawat duri yang dipasang di PPR Pantai Ria itu.

VIDEO:

Sumber : Malaysia Gazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*