
Begitulah yang berlaku apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bakal tamat esok akan dilanjutkan lagi tempohnya.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, fasa pertama PKP 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang 4,000 kes.
Kerajaan juga akan mengumumkan mengenai bantuan yang akan diberikan pada Isnin atau Selasa ini.
Pada 11 Jun lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara diletakkan di bawah PKP bermula 15-28 Jun.
Walaupun berita palsu berkaitan lanjutan PKP 3.0 tular pada Sabtu, namun situasi dan keadaan semasa Covid-19 berdasarkan nilai ambang PPN dilihat tidak memungkinkan negara beralih ke Fasa 2.
Premis makanan beroperasi 6 pagi hingga 10 malam
Kerajaan bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dilaksanakan setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.
“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sumber : MSTAR ONLINE / SINAR HARIAN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply