Kucing Ini Selamatkan Keluarga Ini Dari Ular Tedung Selar Yang Besar. Pemilik Rumah Ini Ceritakan Bagaimana Kucing Ini Selamatkan Mereka

Mersing: Reaksi pelik seekor kucing peliharaan, berjaya menyelamatkan lapan sekeluarga daripada ular tedung selar sepanjang 2.5 meter, di Felda Lembaga Batu Lima, Jalan Endau-Mersing di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Alias Hussin berkata, dalam kejadian jam 11.02 pagi itu, pemilik kediaman terbabit bertindak memeriksa kediamannya selepas melihat tingkah laku kucing peliharaan itu tidak seperti kebiasaan.

Menurutnya, tekaan pemilik rumah itu tepat apabila dia berjaya menemukan ular tedung selar sedang melingkar di dalam bilik air kediamannya.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di dalam bilik air.

“Ketika kejadian, pengadu iaitu pemilik rumah yang menghuni bersama tujuh ahli keluarga menyedari reaksi kucing peliharaannya tidak mengeluarkan suara seperti biasa dan seolah-olah cuba memberitahu sesuatu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, PKO berjaya menangkap ular tersebut dalam tempoh lapan minit dengan menggunakan dua unit penjerut haiwan dan dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan penduduk.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*