Najib Razak Luah Rasa Sedih Baca Berita Suami Kurung Anak Bini Sebab Susah Hidup Waktu PKP. Ini Tawaran Najib Razak Kepada Semua

Hari ini tular di media sosial tentang seorang suami yang kurung isteri dan anak di dalam rumah akibat tekanan PKP.

Akibat tekanan perasaan yang dialami kerana tidak mempunyai pekerjaan, susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), seorang lelaki nekad bertindak mengurung isteri dan dua anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, Seremban pada Isnin, menurut laporan Utusan Malaysia, memetik Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zinurin Sarip.

PKP: Tertekan tiada kerja, suami kurung isteri, anak-anak dalam rumah

“Lelaki berkenaan bertindak mengunci pagar, gril dan pintu belakang rumahnya dari dalam disebabkan tertekan tiada pekerjaan akibat PKP.

“Kami awalnya memujuk lelaki terbabit namun selepas 15 minit dia masih tidak mahu beralah dan bomba terpaksa mengumpil pintu pagar dan gril rumah berkenaan.

“Kami memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainurin dilaporkan berkata, wanita tersebut ada mengadu kepada jirannya tentang perkara tersebut sebelum suaminya mengalami tekanan lebih teruk dan abangnya terpaksa datang dari Mambau untuk memujuk.

“Wanita dan anak-anaknya berusia empat bulan dan lebih setahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mereka dihantar ke rumah jiran terdekat dan kami juga dimaklumkan kesemua mangsa tidak makan sejak pagi.

“Suaminya pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya

NAJIB RAZAK LUAH RASA SEDIH DENGAN APA YANG TERJADI.. INI NAJIB MINTA

Najib Razak defiant over 1MDB corruption claims | Financial Times

Menerusi Facebook Najib Razak, beliau meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga tersebut.

Menurut Najib Razak perkara begini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang ada sekarang menguruskan hal ehwal kebajikan rakyat dengan betul.

Di dalam kenyataan beliau, memberitahu sesiapa yang ada masalah boleh terus komen di page beliau dan jangan lah simpan di dalam hati.

Sejak posting tersebut dimuatnaik satu jam yang lalu, hampir 7000 tanda suka dan beribu komen telah Najib Razak terima.

“Sedih baca berita macam ini. Ramai tertekan. Hilang kerja. Pendapatan kurang. Tekanan mental juga perlu diuruskan memandangkan kita lama di rumah, tak dapat ke mana-mana.

Semua ni boleh dielakkan jika kerajaan uruskan dengan baik. Ada apa-apa jangan simpan guys. Boleh datang cerita kat FB saya. Kawan-kawan pun ramai sini” – Najib Razak

Sumber : Astro Awani / FB Najib Razak

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Be the first to comment on "Najib Razak Luah Rasa Sedih Baca Berita Suami Kurung Anak Bini Sebab Susah Hidup Waktu PKP. Ini Tawaran Najib Razak Kepada Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*