
BERANG masih dituduh sebagai anti vaksin, pelakon Lufya Omar terpaksa berkongsi tangkap layar skrin aplikasi MySejahtera yang menunjukkan dia sudah menerima suntikan dos pertama pada 17 Jun lalu.
Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, pada mulanya enggan mendedahkan perkara tersebut kerana bimbang perkongsian itu akan menggores hati pihak yang masih menunggu giliran untuk vaksin.
Pelakon berusia 36 tahun ini bagaimanapun berharap dengan penjelasannya itu akan membuatkan netizen berhenti menggelar dia sebagai anti vaksin.
“Ikutkan tak nak kongsi apa-apa mengenai saya dapat vaksin itu sebab saya tahu ramai lagi orang yang masih belum terima suntikan… bimbang perkongsian saya itu akan menggores hati mereka.
“Tapi saya terima banyak DM di Instagram daripada netizen yang masih menuduh saya anti vaksin disebabkan isu sebelum ini, saya terpaksa berkongsi paparan skrin aplikasi MySejahtera saya itu.
“Mungkin ada netizen yang baru baca isu itu dan terus menuduh saya. Jadi, saya perlu keluarkan kenyataan supaya orang berhenti label saya sebagai anti vaksin,” kata Lufya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Lufya menerusi laman Instagram miliknya turut mendedahkan dia berasa rimas apabila menerima banyak pertanyaan selepas isu seorang pengacara menuduhnya tidak percayakan vaksin.
DIGELAR ANTIVAKSIN
Sebelum ini, pengacara Fara Hanim Razak menerusi laman Twitter mendakwa Lufya dan aktres Rita Rudaini sebagai anti vaksin mengundang kemarahan dua selebriti itu.
Biarpun sudah memaafkan Fara Hanim, namun Lufya mengakui isu tersebut memberi kesan kepada kehidupannya dan berharap pengacara itu belajar daripada kesilapan.
ARTIS MEMANG CEPAT DAPAT VAKSIN KE?
Di dalam komen Instagram Lufya Omar, ramai yang meluahkan rasa pelik bagaimana dia yang baru sahaja daftar 1hb June boleh mendapat vaksin pada bulan yang sama.
Rasa semua sedia maklum bahawa ramai yang telah mendaftar dari bulan Feb 2021 tapi sampai hari ini tidak mendapat temujanji tetapi selebriti Lufya boleh terus mendapat dos pertama.
Netizen mempertikaikan adakah perlu menjadi selebriti baru ada layanan yang pantas untuk dos vaksin?
KOMEN NETIZEN:
“Okler tu Registered june terus dpt june tu juga.. org ni tengok tunggu since feb lalu x habuk pon xde.. ermm… entahlerrr”
“Cepatnya dapat… 1jun daftar 17 dah vaksin.. rezeki kan… kami daftar awal2 pendaftaran di bukak masih belum2 dapat..”
“Kenapa ea artis dpt awal vaksin.. 1 jun baru dh dh dapat”
INI RESPOND LUFYA TENTANG DAPAT TARIKH AWAL VAKSIN
Dalam pada itu, Lufya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang turut mempertikaikan dirinya mendapat suntikan vaksin awal.
“Bila saya dah kongsikan perkara itu, ada pula netizen yang persoalkan kenapa saya dapat vaksin awal pula. Ada saja yang tak kena… mungkin ini sindrom ‘lockdown’, orang asyik nak cari kesalahan kot.
“Dapat awal atau lambat ini, semuanya terpulang kepada rezeki sebab ia melibatkan sistem. Mereka mempertikaikan itu seperti saya pegang kerajaan pula.
“Tapi ada bagus juga saya berkongsi perkara itu di Instagram sebab ruang komen menjadi perbincangan antara netizen. Mereka bertukar pendapat dan cadangan melibatkan vaksin,” ujarnya.
Sumber : MSTAR ONLINE / IG LUFYA
Artikel: AwatttSyeikhh Network
Leave a Reply