
Berikut adalah perkongsian dari laman facebook Muhammad Sulaiman :
Dulu masa saya belajar dekat USM. Saya ada sukakan seorang wanita. Saya mula sukakan wanita itu ketika kami ini terlibat sama dalam temasha olahraga tahunan ( TOT ). Cumanya saya ini datang dari kampus kejuruteraan dan insan yang saya suka itu datang dari kampus kesihatan.
Mula suka…
Selepas habisnya temasha tersebut saya ada tanya kawan – kawan dia bagaimana diri dia dalam batasan agama dan akhlak dia dengan orang sekeliling. Kesemua jawapan yang saya terima positif. Itu yang membuatkan perasaan saya makin tertarik dengan dirinya.
Tapi disebabkan saya ini individu yang lebih pentingkan academic, leadership dan softskill. Saya hanya jadikan peristiwa itu sekadar warna warni dalam hidup sahaja.
Ketika saya berada di tahun akhir dekat USM. Saya ada tanya kawannya adakah dia itu masih single ataupun sudah berpunya. Jawab kawannya dia itu masih single. Sebelum tibanya musim konvokesyen saya ada buat solat sunat istikharah. Jawapannya diri saya ini semakin bersemangat untuk confess isi hati ini dekat dia.
Face to face…
Ketika hari konvokesyen insan yang saya suka itu. Saya mula face to face dengan dirinya dan nyatakan hasrat yang tersimpan dalam hati ini. Tapi apakan daya dia reject terhadap apa yang saya luahkan itu dengan ayat “MAAF YA, MALAS NAK FIKIR”. Walaupun kena reject saya tetap tidak berasa malu kerana saya berpendirian yang usaha saya itu adalah baik. Malah hati saya juga tidak gusar kerana saya tahu hati manusia ini milik Allah. Allah juga yang membolak balikkan hati manusia.
Usaha saya untuk dapatkan insan tersebut bukan terhenti disitu sahaja. Tapi setelah saya pulang ke kampung.
Saya mula bina pendekatan yang baru untuk menambat hatinya.
Kenapa saya teruskan usaha itu walaupun sudah kena reject ?
Kerana sebelum saya kena reject. Saya sudah melakukan solat sunat istikharah. Jawapan dari Allah itu menjadi petunjuk utama dalam hidup saya. Ketika itu juga saya hanya bersangka baik pada Allah dengan beranggapan apa yang saya lalui itu akibat belum tiba masanya.
Saya just ambil pendekatan berhubung dengan pemilik hatinya di talian hotline 24434 ( solat fardhu )
Bila Saya suka dekat seorang wanita dengan niat untuk nikahinya. . Suka saya itu juga dihijabkan dengan syariat supaya suka terhadap seorang wanita itu sekadar dalam genggaman sahaja bukan dalam hati. Kenapa saya hanya letak dalam genggaman ? Supaya hati saya ini tidak terheret ke dalam lembah zina.
Tindakan ini juga terkait dengan Qada dan Qadar Allah. Jika apa yang saya hajatkan ini tidak diizinkan oleh Allah, saya mampu melepaskannya dengan penuh redha. Tindakan itu berketepatan dengan sifat kita sebagai manusia. Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.
5 tahun saya berdoa untuk insan yang saya suka dengan meletakkan sifat tawakal pada Allah tanpa putus.
Dalam waktu yang sama, kehidupan saya ini sentiasa diusahakan untuk berada atas landasan syariat. Ini kerana apabila kita berbuat maksiat, perkara yang kita minta dari Allah itu mampu terhijab dengan maksiat malah dapat membebaskan diri kita dari memperolehi nikmat dalam keadaan istidraj.
Insan yang saya suka ini adalah seorang anak perempuan kepada seorang tok guru agama. Jadi itulah jalan yang terbaik untuk memikat hatinya kerana dirinya itu seorang yang sombong dengan ajnabi.
Dalam 5 tahun itu sambil – sambil saya berdoa untuk insan yang saya suka. Saya mampu tambahkan kefaqihan dalam agama, tamatkan pengajian master saya dan dapatkan kerja yang tetap.
Ketika kami berjumpa dekat KL Sentral selepas 5 tahun terputus hubungan. Saya pun menyapa dia dengan memberi salam. Hasilnya belum sempat untuk saya confess buat kali kedua tiba – tiba dia nyatakan.
Bukan ke kamu ini individu yang saya reject dekat majlis konvokesyen USM dulu. Maaflah ketika itu saya terpaksa reject terhadap apa yang kamu luahkan kerana perjalanan saya dalam menuntut ilmu bukan setakat itu tapi jauh lagi. Apatah lagi diri saya ini individu yang lebih dahulukan akademik dari jodoh. Justeru, untuk kali ini jika kamu betol – betol ikhlas untuk jadikan diri saya ini isteri kamu. Bolehlah masuk berjumpa dengan orang tua saya di kampung.
Selepas kami berkahwin, saya ada tanya isteri saya. Kenapa ketika kami berjumpa dekat KL Sentral dulu. Dia dengan beraninya menyatakan jika saya ikhlas untuk jadikan dirinya sebagai isteri bolehlah masuk berjumpa orang tuanya di kampung.
Jawab isteri saya, selepas dia grad master keluarganya mula bertanya bila dia nak kahwin. Bila dia melakukan solat sunat istikharah untuk meminta petunjuk dari Allah.
Jawapan yang dia terima dalam 2 bentuk iaitu bermimpi situasi ketika dia reject saya dulu dan diberikan jiwa yang tenang bila fikirkan terhadap apa yang saya confess dulu.
Disebabkan jawapan itulah dia berusaha menjejaki kawan baik saya untuk tanyakan status diri saya ketika itu adakah masih single atau sudah berumahtangga. Bila kawan baik saya kata masih single jiwa dia mula jadi lapang dan begitu bersemangat.
Kini hidup kami bahagia dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Cinta tak perlu, Sayang tak perlu dan Rindu juga tak perlu. Tapi hanya perlukan perasaan suka. Dapat tak dapat bukanlah suatu persoalan kerana usaha kita itu adalah penentu segala – galanya.
Dalam hidup ini, janganlah lemah kerana Allah sentiasa bersama kita.
Allah is The Best Planner
Sumber : Muhammad Sulaiman
Leave a Reply