Ismail Sabri Terkejut Dengar Peniaga Depan Mindef Bakal Ditutup. Beliau Terus Hubungi CEO Pernama Dan Ini Yang Berlaku (Video)

Zaman sekarang tidak semua malahan tidak ramai yang dapat menikmati kehidupan sebelum PKP dahulu.

Jika dahulu kita boleh bergerak kesana kesini tanpa perlu memikirkan risiko dan sekatan perjalanan tetapi kita semuanya sudah berubah.

Yang lebih menyedihkan adalah golongan peniaga peniaga kecil yang sememangnya berniaga untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Sekiranya tidak berniaga maka tiada lah rezeki untuk mereka menyara keluarga pada hari itu. Dengan kewujudan SOP PKP 3.0 terbaru dimana perniagaan makanan akan terhenti pada pukul 8 malam sudah pasti menyusahkan mereka.

ISMAIL SABRI PERGI BERJUMPA DENGAN PENIAGA KECIL

315 individu ditahan ingkar PKP - Ismail Sabri | Astro Awani

Baru baru ini Menteri Ismail Sabri telah pergi ke tapak berniaga yang berdekatan dengan bangunan Mindef, Kuala Lumpur.

Lokasi perniagaan kecil itu terletak di Padang Tembak. Ketika beliau berbual dengan salah seorang peniaga disitu beliau terkejut apabila mendengar bahawa peniaga peniaga kecil disitu akan diminta berhenti berniaga.

Di waktu itu juga Menteri Ismail Sabri telah terus menghubungi CEO PERNAMA untuk bertanyakan kenapa mereka mengarahkan supaya peniaga tidak boleh berniaga.

Di dalam perbualan tersebut, CEO PERNAMA memberitahu bahawa arahan tersebut telah pun ditarik balik.

Menteri Ismail Sabri memohon agar peniaga peniaga tersebut dibenarkan berniaga selagi PKP masih berkuatkuasa.

Video yang berdurasi 1 minit 15 saat itu mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen.

Video:

“Hal ini sungguh serius, saya mendapat laporan di pusat penjaja Mindef di jalan Padang Tembak akan di tutup hujung bulan ini.

Saya terus ke sana dan menelefon Ceo Pernama. Alhamdulillah mereka tidak akan menutup operasi perniagaan peniaga disini.

Saya janji, selagi SOP dijaga, kita akan terus bantu permudahkan operasi para peniaga dalam tempoh lockdown ini” – Ismail Sabri

KOMEN NETIZEN:

“Alhamdullillah terima kaseh kerana dpt menjalankn amanah yg d beri rakyat dgn bijaksana tanpa mengenal darjat dan pangkat Golongan yg kais pagi makan pagi kais petang makan petang jgn d lupakn Kalau d tutup nak makan apa”

“Inilah yang rakyat harapkan Pak Long. Suara rakyat didengar, denyut nadi rakyat dirasai. Pertolongan diberikan tepat pada masa diperlukan. Tiada protokol, tiada birokrasi. Tahniah. Semoga Allah anugerahi kekuatan insyaallah”

“Alhamdulilah…semoga tempat2 lain pun begini..banyak tempat di seluruh negeri, peniaga2 begini terjejas”

Artikel : AwattSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

TIDAK DIBENARKAN SALIN SEMULA TANPA KEBENARAN

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*