Elyana Baru Sahaja Selesai Buat Radioterapy Untuk Kanserr Tiba Tiba Dia Dapat Hadiah Istimewa Dari Neelofa

“Masya-Allah, saya pula nak menangis tengok video ini. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesak1tan. Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulis pengacara popular Neelofa yang sebak melihat keadaan terkini penyanyi Elyana yang berada di hospital untuk menjalani rawatan radioterapi.

Elyana menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram meluahkan rasa teruja apabila menerima hadiah istimewa iaitu koleksi tudung Naelofar milik Neelofa.

Elyana menggayakan tudung kiriman Neelofa.

“Saya sangat gembira hari ini. Nak dijadikan cerita saya bawa satu tudung saja ke hospital, tiba-tiba Neelofa bagi saya pelbagai koleksi tudung miliknya.

“Memang rezeki dan sangat bermakna. Terima kasih Neelofa. Saya tak sabar nak lihat koleksi dalam bungkusan ini sambil proses memasukkan susu ke dalam badan,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan, Elyana turut memakai koleksi tudung Naelofar dan mengakui selesa memakainya.

Walaupun wajahnya kelihatan sedikit pucat, Elyana dilihat kuat dan sempat memberikan ucapan kepada Neelofa.

“Baru habis radioterapi terus dapat hadiah. Alhamdulillah. Semoga Neelofa murah rezeki dan bahagia selalu,” katanya.

Terdahulu, Elyana mengesahkan dirinya menghidap k4nser limfo.ma sejak 10 tahun lalu. Kan.ser terbabit juga sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal peha.

Bagaimanapun, dia tetap positif dan berusaha untuk kuatkan semangat untuk lebih sihat pada hari-hari yang mendatang.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Sumber : HMETRO ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*