Siti Sarah Yang Sedang Sarat Mengandung Luah Rasa ‘Takut’ Dengan Apa Yang Terjadi Kepada Siti Jamumall

Penyanyi Siti Sarah yang kini hamil enam bulan mengakui fobia dan ‘seriau’ sebaik mengetahui kejadian bayi yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, baru-baru ini.

Sarah berkata, jika sebelum ini dia sering melihat kejadian seumpama itu menerusi drama kini berlaku secara realiti.

“Berdiri bulu roma saya. ‘Seriau’ Ya Allah bila baca cerita ini. Lagi-lagi sekarang saya sedang sarat hamil. “Kalau dalam sinetron Indonesia ada cerita Puteri Yang Ditukar, ini betul-betul jadi bukan sinetron atau cerekarama,” katanya.

Menurut Sarah, dia berharap kecuaian seperti itu tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Apalah rasanya mengandung sembilan bulan tiba-tiba dapat tahu bayi tertukar. Nasib la mak ayah sedar ketika nak memotong tanda nama pada kaki.

“Kalau tidak sampai besarlah tak tahu bayi tertukar. Sarah yang baca berita ini pun bukan sekadar ‘seriau’, fobia pun ada. Lagi-lagi bila dua ibu ini sama sama sedih teringat bayi yang dah jadi anak susuan,” katanya.

Sarah berharap perkara ini jadi pengajaran untuk semua, kecuaian seperti ini tidak patut berlaku.

“Ia membabitkan masa depan, darah daging dan macam-macam lagi. Saya doakan semoga urusan kedua keluarga ini dipermudahkan,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kejadian dua wanita, Siti Suriani Wahiddin, 23, dan Diana Hanani Abdullah, 23, yang tertukar bayi masing-masing selepas melahirkan anak di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor.

Kejadian itu hanya disedari selepas masing-masing pulang ke rumah.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Siti Sarah Yang Sedang Sarat Mengandung Luah Rasa ‘Takut’ Dengan Apa Yang Terjadi Kepada Siti Jamumall"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*