Zoey Rahman Luah Rasa Sedih Tak Dapat Ambil Video Ketika Divaksin Tetapi Ada Perkara Lain Yang Netizen Perasan Sehingga Zoey Terpaksa

Pelakon Zoey Rahman akur dengan kehendak petugas kesihatan yang tidak membenarkan dirinya untuk merakam video ketika disuntik vaksin pada Rabu.

Bagaimanapun, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman bersyukur menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sudah divaksin.

“Masa nak suntik saya diberitahu tak boleh rakam video. Katanya memang itu adalah peraturan.

“Jadi saya pun okey ja la.. cuma ada rasa sedih sikit sebab orang lain boleh rakam. Tak dapat ambil video tak apa, janji vaksin kita dapat,” katanya kepada Gempak.

Dituduh ambil vaksin di PPV khas OKU, Zoey Rahman hanya ikut arahan MySejahtera – “Aktor dapat layanan istimewa?”

"Sedih Sikit Orang Lain Boleh Rakam" - Zoey Rahman Pasrah Tak Dibenar Rekod Video Suntik Vaksin

PERKONGSIAN video pelakon Zoey Rahman yang mendapat suntikan vaksin Sinovac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Rabu mengundang persoalan daripada segelintir netizen.

Menerusi komen netizen di ruang perkongsian tersebut, difahamkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di KLCC itu hanya untuk golongan orang tua dan orang kurang upaya (OKU).

“Bukankah KLCC untuk orang OKU dan warga emas ke? Aktor dapat layanan istimewa?” komen seorang netizen.

Menjawab persoalan dia menerima layanan istimewa, pemilik Mohd Hairey Azhar Abd Rahman menjelaskan lokasi PPV itu untuk semua lapisan umur.

Zoey berkata dia juga seperti orang lain yang sentiasa mengemas kini aplikasi MySejahtera dan mematuhi setiap arahan yang diberikan.

“Setiap hari saya akan update MySejahtera. Jadi, bila dapat notifikasi untuk temu janji vaksin, saya patuh setiap arahan yang diberikan. Alhamdullilah, saya bersyukur sangat.

“Mungkin mereka beri slot yang available. Saya tak tahu pusat vaksin tu untuk siapa dan golongan yang macam mana sebab saya nampak pelbagai lapisan umur ada di sana,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon berusia 36 tahun itu turut memberi penjelasan kepada individu yang mempersoalkan dirinya menerima suntikan vaksin di KLCC.

Dalam pada itu, Zoey juga meluahkan rasa sedih kerana tidak dibenarkan untuk merakam video ketika diberi suntikan vaksin namun dia tetap akur dengan kehenak petugas kesihatan.

“Masa nak suntik saya diberitahu tak boleh rakam video. Katanya memang itu adalah peraturan. Jadi saya pun okey saja la.

“Cuma ada rasa sedih sikit sebab orang lain boleh rakam. Tak dapat ambil video tak apa, janji vaksin kita dapat,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon yang juga usahawan kosmetik ini berkongsi keadaan dirinya yang tidak mengalami sebarang simptom selepas menerima suntikan dos pertama vaksin.

“Alhamdulillah sampai sekarang saya okey tak ada simptom nak demam ka. Cuma lepas suntik ada rasa mual tapi mungkin sebab saya tak sarapan,” katanya.

Sumber : ASTRO GEMPAK / MSTAR ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*