Netizen Terharu Lihat Lelaki Ini Pusing Kampung Cari Kanak Kanak Untuk Beri Duit Raya (Video)

USAI Aidilfitri selalunya kanak-kanak adalah insan paling gembira disebabkan kutipan duit raya yang bukan sedikit. Sudah menjadi lumrah anak zaman ini mendapat duit raya mencecah ratusan ringgit, malah ada kalanya mencecah ribuan ringgit.

Pemberian duit raya boleh dianggap sedekah, iaitu ibadat yang besar pahalanya dan mampu mengeratkan silaturahim. Selain itu, pemberian duit raya dilihat sebagai amalan yang membuka pintu rezeki.

Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba: 34)

“Pemberian duit raya juga dilihat sebagai cara menzahirkan rasa syukur dan gembira. Amalannya sama sekali tidak menyerupai kebudayaan agama lain kerana Islam mempunyai kedudukan tersendiri dalam syariat, iaitu pemberian duit raya disamakan dengan bersedekah.

“Ini amal ibadat yang disunahkan dan berpahala bagi yang melakukannya kerana mampu menggembirakan hati seorang Mukmin,” kata Mudir, Pusat Pengajian Tafaqquh dan Tahfiz Al Makki, Kuching, Ustaz Umar Faruq Sudinta

BERI DUIT RAYA PADA KANAK KANAK DI KAMPUNG

Seorang lelaki yang mengelar diri beliau sebagai Raja Perfume Malaysia telah memuat naik 1 video di laman sosial Tiktok yang menyentuh hati netizen.

Dengan alunan lagu latarbelakang dari penyanyi Aishah sudah pasti menambah sebak pada Aidilfitri ini.

Beliau merakam satu video menunjukkan bagaimana beliau mencari beberapa orang kanak kanak untuk diberikan duit raya.

Rata rata netizen memuji cara lelaki tersebut kerana sedikit sebanyak dapat memberi sedikit kegembiraan kepada kanak kanak di musim PKP ini.

Video:

Be the first to comment on "Netizen Terharu Lihat Lelaki Ini Pusing Kampung Cari Kanak Kanak Untuk Beri Duit Raya (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*