Lelaki Ini Beri Nafkah Pada Isteri Hanya RM5 Sebulan Mengundang Kemarahann Netizen

Sebelum berkahwin, tuntutlah sebanyak mungkin ilmu asas rumahtangga. Ambil tahu dan peka, yang mana tanggungjawab suami, apa pula tanggungjawab isteri.

Perlu jelas dan faham dalam soal ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan apatah lagi perselisihan faham sesama suami isteri. Atau mungkin ada yang beranggapan, “Alah, tahulah aku macam mana nak urus nanti.

Duit aku, aku punya pasal lah nak buat apa sekalipun.” Awas ya, hati-hati sebelum keluarkan kata-kata atau dalil sendiri. Ini soal pengetahuan dan ilmu rumahtangga yang telah digariskan dalam agama.

Dan semestinya isu ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main atau boleh dipandang ringan.

Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.

Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil Al-Quran dan sunah. Antaranya firman Allah yang bermaksud:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Surah Al-Nisa’ ayat 34

BERI NAFKAH RM5 PADA ISTERI

Seorang peguam syariah, Puan Suriati Ghani telah berkongsi kan 2 keping gambar seorang suami memberi nafkah kepada isteri.

Yang menyedihkan apabila jumlah transaksi setiap bulan adalah RM5 sahaja.

Jika dilihat dalam gambar nota yang ditinggalkan pun berbentuk sinis kepada isteri. “Up sikit” “sama ler”.

[SEMOGA PARA SUAMI YANG LAIN TAHU BETAPA BERKATNYA MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI]

Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri..lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki..

BAGI RM10, NETIZEN JANGKA INI MASA BULAN RAMADHAN

Realiti 1 kes di mahkamah syariah..setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri..itu sahaja, barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri..yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan kot..

Rata rata netizen luahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kejamm suami ini.

Ingatlah para suami, nafkah zahir batin isteri adalah perkara wajib dibuat oleh suami dan sekiranya tidak dilakukan ianya adalah berdosa.

Sumber: Suriati Ghani

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Lelaki Ini Beri Nafkah Pada Isteri Hanya RM5 Sebulan Mengundang Kemarahann Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*