Mufti KL Beritahu Jatuh Haram Jika Rentas Negeri Untuk Sambut Raya. Menteri Agama Juga Bekas Mufti Jelaskan Maksud

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata isu mengenai hukum haram bagi merentas negeri pulang ke kampung meraikan Aidilfitri dianggap selesai jika dilihat daripada keseluruhan konteks.

Zulkifli berkata ia hanya sekadar ucapan dalam webinar dan jika tengok dari konteks keseluruhan memang ada syarat, peraturan dan kaedah.

“Saya sendiri sudah bertanya kepada beliau dan ia tidak ada apa pun sebenarnya,” katanya kepada Berita Harian pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah berkata, orang ramai boleh merujuk kembali video asal di laman facebook UKM bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul.

“Ia hanya merujuk pada satu soalan diberikan kepada saya dalam ruang lingkup tajuk yang diberikan.

“Saya hanya menjawab dalam konteks pandangan mufti apabila ada arahan dari Ulul Amri, maka itu pandangan yang saya ingin sampaikan.

“Orang ramai perlu melihat dengan lebih jelas secara keseluruhan dan tidak memadai hanya melihat tajuk berita saja,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*