
Sudah hampir di separuh bulan umat Islam berpuasa, kemeriahannya turut dirasai biarpun dalam suasana sederhana gara-gara penularan Covid-19.
Bagi mereka yang berada di kota dan ibu bapa di kampung berlainan negeri, pastinya cukup merindui untuk berbuka dan bersahur bersama.
Namun apakan daya, undang-undang harus dipatuhi. Walau bagaimanapun, baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang bapa kejut sahur anaknya telah mencuri perhatian ramai.
Manakan tidak, dalam rakaman itu kelihatan bapa tersebut menggunakan mikrofon untuk mengejutkan anaknya itu!
Bukan calang-calang tau cara si bapa ini kejutkan anaknya untuk bangun sahur. Berikut adalah rakaman bapa kejut anaknya bangun sahur guna mikrofon yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok:
VIDEO:
Adoi, sempoi habislah pak cik ini! Kalau dah pakai mikrofon sebegitu sekali masih tak bangun memang tak tahulah nak cakap apa lagi.
Apa-apa pun perkongsian bapa kejut anaknya bangun sahur guna mikrofon ini telah meraih lebih 7.2 juta tontonan. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan telatah si bapa ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Percayalah awak akan merindui saat ini suatu hari nanti”
“Hahaha dulu sebelum kahwin abah selalu kejutkan bangun sahur dan bangun pergi ke sekolah”
Sumber : HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply