‘Dekat Situ Semua Dah Vaksin Kot’ Netizen Geram Tengok Gambar Orang Langgar SOP Semata Untuk Baju Raya

Lagi dua minggu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam sudah mulai mencari persiapan masing-masing.

Terbaharu, tular sekeping foto di Twitter keadaan semasa orang awam bersesak-sesak di sebuah gedung kain terkenal di Bangi, Selangor.

Dalam foto terbabit, kelihatan orang ramai sedang berpusu-pusu memilih pakaian yang dijual gedung terbabit tanpa menghiraukan standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Biarpun masing-masing mematuhi arahan memakai pelitup separuh muka, ada dalam kalangan netizen yang risau mengenai ketidakpatuhan penjarakan fizikal ketika sedang rancak membeli-belah.

Ruang terbabit seperti foto yang tular kelihatan sesak dengan orang ramai yang turut membawa kanak-kanak bersama-sama mereka.

Justeru, wargamaya menyarankan agar pihak berkuasa memantau keadaan premis berkenaan yang difahamkan kini sedang membuat jualan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Malah, ada yang menyeru agar pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan raya berhampiran premis tersebut ‘membuat lawatan’ memeriksa keadaan pengunjung dari semasa ke semasa.

Sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas daripada pemilik gedung terbabit.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*