Pegawai KKM Yang Kompaun Masjid Kerana Tidak Patuh SOP Akhirnya Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Masjid Sri Maulana Taman Sri Maulana, Pekan dikenakan kompaun RM10,000 semalam kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, masjid berkenaan gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan seperti ditetapkan.

Susulan itu tindakan kompaun dikeluarkan pada jam 11 pagi semalam diatas nama Pengerusi Jawatankuasa Masjid atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Masjid pun kena kompaun… – UMMAHToday

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya telah meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan pemantauan berterusan di semua masjid dan surau negeri ini.

“Kita telah meminta pasukan penguat kuasa JAIP memastikan kod QR dapat dipamerkan dan diguna setiap individu yang datang ke masjid. Mungkin ada berlaku kekhilafan oleh ahli jemaah serta pihak pengurusan masjid itu, ia di luar jangkaan kita,” katanya hari ini.

Cerita disebaliknya MASJID DIKOMPAUN RM10K

Bila semua benda/isu/perkara nak masuk campur & diulas. Maka boleh jadi fitnah & cemuhan hina.

Kasihan yang hanya menjalankan tanggungjawab.

Moga kita cuba elakkan berbicara perkara yang kita tidak tahu secara JELAS sesuatu isu/perkara bukan seperti yang digembar-gemburkan dalam media sosial.

Wa’Allahua’lam.

KOMEN NETIZEN:

“Sembang. Nak cover malu la tu. Maklumlah masjid tu ramai orang miskin sebab tu kompaun. Kalau masjid orang kayangan ada berani ke nak kompaun. Baru ni abahkau buat moreh xikut SOP awat xkompaun”

“Mmg alasan ada kes Covid, AJK ada xscan dan rekod kehadiran terus masjid kena kompaun ya?boleh ye camtu?”

“Mslah nye bole lak cpt buat mesyuarat ek…cpt dpt buat keputusan …yg si kayangan tu nape payoh ngat nk buat keputusan??? Bukti lg jelas trang tang tang …Siap pas sna pas sni…pas pas pas smpai lh abg jamil mampossss”

Screeshot tersebut telah dikongsikan di dalam page Facebook Oh My Media.

Sumber : BHARIAN / Muhd Firdaus via Oh My Media

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*