
Di saat dunia kini sedang melanda pandemik Covid-19, sudah menjadi perkara asas bagi rakyat Malaysia untuk sentiasa scan aplikasi My Sejahtera dan memeriksa suhu sebelum memasuki mana-mana premis makanan ataupun pusat membeli belah.
Baru-baru ini, instafamous yang dikenali sebagai Aisar Khaled telah meraih perhatian wargamaya apabila dia di saman sebanyak RM1500 oleh pihak berkuasa dek kerana ‘terlupa’ untuk scan My Sejahtera apabila memasuki kedai makan.
Aisar, 21, bagaimanapun mengaku bersalah atas kesalahan terbabit dan menceritakan semula alasan yang diberikan ketika serbuan pihak berkuasa.
“Makanan pun dah habis, aku tengah bersahur tiba-tiba tu dia, tadi aku kena rush tapi itu kesalahan akulah, sebab aku tak scan tadi.
“Aku penat sangat terlupa nak scan sebab kaunter berada di dalam. Aduh pening kepala,” kata Aisar yang memuat naik video selepas disaman di TikTok.
Selain Aisar, dua lagi kenalan lelakinya yang turut sama bersahur ketika itu disaman atas kesalahan sama.
“Tadi ketika kena rush, ini antara alasan yang kitorang bagi.
“Abang, saya baru sampai tapi mi goreng dah habis. Jangan contoh macam saya cuai tadi penat baru habis gym,” tambah mereka lagi sambil tertawa.
Meninjau ruangan komen di akaun TikTok Aisar, ramai yang memberikan peringatan agar tidak melakukan kesalahan sama lagi selepas ini.
Turut menulis di ruangan komen personaliti media sosial itu adalah akaun Polis Diraja Malaysia sendiri.
“Jangan buat lagi tau,” pesan pengendali akaun terbabit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada kalangan warganet berpendapat bahawa gelagat Aisar dan rakannya yang tergelak-gelak meskipun di saman itu menunjukkan perbezaan antara mereka yang mampu dan yang tidak mampu untuk membayar jumlah yang besar itu.
Yelah, mungkin pada Aisar wang RM1500 itu tidak lah setimpal seperti RM10 ribu. Namun, tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia haruslah menjadi keutamaan dan bukannya memandang remeh mengenai perkara itu.
Kita semua tahu bahawa kita saling bergantungan antara satu sama lain untuk memerangi wabak Covid-19 yang mampu untuk meragut nyawa ini seperti mana persis perumpaan ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
Ingat ya, kemana saja kita pergi tolong jangan lupa untuk sentiasa scan My Sejahtera, memeriksa suhu badan dan yang paling utama, wajib memakai pelitup muka sebelum keluar kereta.
Sumber : GEMPAK / KoolFM
Leave a Reply