Aliff Syukri Minta Jangan Kacau Sajat. Dia Beritahu Apa Yang Berlaku Kepada Kawan Dia Sajat

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon rakyat Malaysia untuk berhenti mengutuk dan menjatuhkan hukum terhadap rakannya juga ahli perniagaan, Nur Sajat yang kini menjadi buruan pihak berkuasa.

Aliff Syukri berkata adalah lebih baik jika terus mendoakan yang terbaik buat Sajat kerana tidak ada siapa yang pernah tahu masalah dilaluinya.

“Saya sentiasa mendoakan dia dalam kebaikan. Saya mengharapkan rakyat Malaysia untuk doakan yang baik-baik semoga apabila kita mendoakan yang baik, dia akan melakukan kebaikan. Bagi saya semua orang melakukan kesalahan.

“Saya tidak mahu ulas banyak. Bagi saya, apa dibuat itu adalah tindakan dia dan saya yakin dia lebih matang. Saya tidak memenangkan mana-mana pihak. Saya doakan dia kekal menjadi seorang yang beragama Islam. Saya yakin dia seorang yang baik. Jadi, kita doakan saja yang terbaik.

“Cuma saya memohon rakyat Malaysia beri ruang kepada dia. Biar kerajaan saja yang buat keputusan. Jangan menilai, menjatuhkan hukum dan kutuk dia. Kita tidak tahu apa sakit dan masalah dialami,” katanya.

Aliff Syukri yang ditemui pada majlis pelantikan menjadi e-duta Gintell berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan Sajat.

“Saya sudah lama tak berhubung dengan dia. Saya pun terkejut dengan apa yang berlaku Cuma, sebagai kawan lama, saya sentiasa mendoakan kebaikan apa dia buat. Apa yang buruk, biar dia dengan Tuhan.

“Sebagai manusia jangan menilai keburukan orang. Kita sendiri ada keburukan. Kalau kita kata orang itu ada jahat, kita pun ada kejahatan. Saya tak menangkan sesiapa, sebab saya pun tak berhubung dengan dia,” katanya.

Aliff (kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Gintell, Datuk Goh Cheh Yak.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Aliff berkata dia gembira apabila dipilih menjadi wajah kepada kerusi urut itu.

“Saya gembira, bersyukur dan teruja sebab dapat menjadi duta Gintell. Saya ingat apabila kurang kontroversi sudah tidak laku, tapi dapat sambutan yang bagus sangat. Saya dilantik selama setahun.

“Ia bermula secara kebetulan yang mana saya memang pengguna kerusi urut ini. Apabila saya buat sesi siaran langsung di Instagram, tidak menjangka Ketua Pegawai Eksekutif Gintell tengok dan bertanya. Saya pun balas. Ketika itu tidak tahu lagi dia siapa. Dia terus ajak berbincang dan tawarkan menjadi duta,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Aliff Syukri Minta Jangan Kacau Sajat. Dia Beritahu Apa Yang Berlaku Kepada Kawan Dia Sajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*