Netizen Puji Lelaki Ini Kerana Mempunyai 3 Isteri Yang Rapat Seperti Kawan Baik (Video)

Sebut sahaja poligami, pasti ramai wanita pantang dan tidak keruan setiap kali mendengarnya. Malah, ada yang melihat madu dianggap perampas dan menggangu kebahagiaan orang lain.

Tidak dinafikan tidak semua wanita sanggup hidup bermadu, namun berbeza dengan tiga wanita ini yang menerima madu-madu mereka dengan baik.

Menerusi satu video dikongsikan di aplikasi TikTok, wanita dikenali sebagai Zizah Mardhiah berkongsikan momen bersama dua madunya keluar bersama suami.

Dalam video tersebut, Zizah berkata suami mereka biasa-biasa sahaja namun apa yang penting asalkan berlaku adil pada mereka bertiga.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut kerana hal bermadu bukan perkara boleh dibuat main.

CUBA TEKA MANA YANG BONGSU (MADU)

Bagaimanapun ada yang memuji ketiga-tiga madu boleh berbaik-baik malah dilihat rapat seperti bestfriend.

Namun, ada yang mengatakan video tersebut hanya untuk konten sahaja dan mereka bukan betul-betul bermadu seperti yang dikatakan.

Dalam pada itu, ada yang meminta gambar kahwin sebagai bukti jika mereka betul-betul bermadu. Benar atau tidak hanya tuan badan sahaja yang tahu.

Sumber : Gulapop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Netizen Puji Lelaki Ini Kerana Mempunyai 3 Isteri Yang Rapat Seperti Kawan Baik (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*