
Seluruh umat islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan iaitu bermulanya puasa insyallah esok, Selasa 13hb April 2021.
Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan kebenaran bazaar ramadhan di semua kawasan (kecuali Kelantan) dengan syarat SOP yang ketat.
Selepas pengumuman tersebut netizen juga memohon kebenaran kerajaan untuk melanjutkan waktu perniagaan untuk restoren, gerai dan lain lain dilanjutkan selepas pukul 12 malam.
Ini kerana umat islam ingin bersedia untuk membeli makanan untuk bersahur. Perkara ini banyak diketengahkan oleh golongan bujang yang selalunya membeli makanan waktu lewat malam.
BERITA BAIK UNTUK RAMADHAN
Semua restoren, gerai, kedai makan, perkhidmatan penghantaran makanan dan lain lain dibenarkan melanjutkan waktu perniagaan sehingga pukul 6 pagi.
Kebenaran ini hanya terpakai sepanjang bulan Ramadhan sahaja dan selepas Ramadhan waktu perniagaan akan kembali seperti biasa pada pukul 12 harus ditutup.
Bagi pasaraya dan gedung beli belah sebelum ini diarahkan tutup perniagaan pada pukul 10 malam.
Kerajaan telah membenarkan untuk majlis berbuka puasa untuk aktiviti yang diadakan oleh syarikat atau kumpulan lain dengan syarat 50% dari keluasan kawasan.
Video Penuh:
Artikel: AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN
Leave a Reply