Bekas Tunang Remy Ishak Buat Kejutan Istimewa. Remy Ishak Sendiri Memang Tak Sangka Boleh ‘Terkena’ (Video)

Jika dua minggu lepas pelakon kacak Remy Ishak membuat kejutan sempena hari jadi bekas tunangnya, Ezza Yusof, kali ini tiba giliran wanita itu pula.

Berkongsi sepotong video di Instagramnya pada Ahad, Ezza bersama beberapa kenalan lain muncul secara mengejut di majlis persandingan teman rapat mereka sambil menyanyikan lagu hari jadi buat Remy.

Remy yang memakai kemeja merah jambu cair kelihatan terkejut dan berdiri untuk meniup lilin yang dibawa oleh Ezza.

“Terima kasih kepada semua yang hadir di sini, saya jarang sambut birthday. Ini hari jadi ke-39 dan sambut di majlis perkahwinan kawan saya,” katanya.

Remy dan Ezza pernah bertunang sebelum ini namun hubungan mereka putus sekitar tahun 2019.

Bekas Tunang Buat Surprise Birthday Remy Ishak, Ezza Yusof; "Susah Tau Nak Buat, Berpeloh!"

Di Instagramnya pula, Remy berkongsi sebingkis coretan khas sempena ulangtahun kelahirannya itu.

“Syukur alhamdulillah di usia 38 tahun sebelum ini saya banyak dipertemukan dengan perkara yang baik, dikelilingi insan yang baik2 serta dikurniakan oleh-Nya kesihatan tubuh badan, fizikal & mental yang positif.

“Saya percaya dengan doa, kata-kata positif yang dilafazkan oleh anda semua, ahli keluarga, sahabat handai & masyarakat sekeliling sebelum ini telah banyak memberi impak yang positif dalam kehidupan harian serta peribadi saya.

“Di usia 39 tahun pada hari kelahiran saya hari ini, saya mendoakan kesejahteraan & kebaikan yang berterusan buat anda semua. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan serta dikurniakan limpahan & rahmat-Nya,” tulisnya.

Video:

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Bekas Tunang Remy Ishak Buat Kejutan Istimewa. Remy Ishak Sendiri Memang Tak Sangka Boleh ‘Terkena’ (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*