Chef Wan Dedahkan Perbualan Terakhir Dia Dengan Serina Seminggu Sebelum Anak Dia Umum Sudah Berkahwin

Chef Wan mengakui beliau menangis selepas dibanjiri pelbagai tohmahan berhubung kisah pernikahan anaknya pelakon, Serina Redzuawan, semalam.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, berkata, dia terkilan apabila diketepikan dalam urusan pernikahan anaknya itu dan menyifatkan Serina hanya mementingkan diri.

“Saya tidak pernah membantah hasrat Serina nak berkahwin, sebaliknya mahu dia benar-benar menyiasat calon suaminya terlebih dulu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Chef Wan berkata, dia juga kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak tahu hujung pangkal menyerangnya secara terbuka kononnya dia tidak membenarkan Serina berkahwin.

“Sejak mula saya tidak pernah membantah pun. Saya siap bergurau lagi dan suruh dia bersabar untuk beberapa bulan lagi. Kenalah siasat dulu sebelum nikahkan mereka. Akhirnya ada orang beritahu saya mereka sudah nikah di S1am (Thailand).

“Penat mak bapa bela dari dua tapak jari, apabila besar ini balasannya. Semalam saya menangis dengan rasa pedih melihat komen daripada orang ramai. Ia sangat melukakan hati saya,” katanya.

Chef Wan menegaskan dia mempunyai hak untuk bersuara dan menjelaskan kebenaran mengenai perkara itu. Dia tidak mahu perkara itu terus tersebar dan bertukar fitnah.

“Berhenti salahkan saya kononnya aibkan anak nikah di Thailand. Anda tak terfikir saya ada hak untuk jujur menjelaskan dan menyampaikan kebenaran? Tak cerita macam-macam fitnah nanti keluar dan orang akan mengumpat dan mengata macam-macam hingga ditokoktambah. Sedangkan sudah cerita pun masih ada menuduh konon saya tak bagi restu,” katanya.

Chef Wan berkata, perkara ini sepatutnya menjadi teladan buat masyarakat yang berdepan isu kekeluargaan.

Menurutnya, perkara yang salah tetap salah.

“Inilah kisah anak-anak kita yang degil, kepala macam batu! Ia terjadi kepada ramai keluarga di luar sana pun sebelum ini. Bukan saya seorang saja. Apabila buat kesalahan begitu, belajar supaya keluarga lain ambil teladan daripada sifat pendek akal dan pentingkan diri sendiri itu. Ini pengajaran buat semua terutama anak-anak muda. Jangan jadikan perbuatan mereka yang tak betul itu betul,” katanya.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang anggota polis dikenali sebagai Aidid, semalam. Menurutnya, majlis pernikahannya itu dibuat secara tertutup.

Sumber : Utusan Online / Chef Wan (IG)

Be the first to comment on "Chef Wan Dedahkan Perbualan Terakhir Dia Dengan Serina Seminggu Sebelum Anak Dia Umum Sudah Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*