Sultan Selangor Dan Tengku Permaisuri Sudah Terima 2 Dos Vaksin

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam.

Selangor Royal Office dalam kenyataan, berkata suntikan dos kedua itu dibuat selepas 21 hari baginda berdua menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada 20 Mac lalu.

Menurut kenyataan itu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut menerima suntikan dos kedua.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam. - Foto NSTP/ Ihsan Selangor Royal Office

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam. – Foto NSTP/ Ihsan Selangor Royal Office

“Baginda berkenan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 ini selepas dimaklumkan bahawa hampir kesemua petugas barisan hadapan di Selangor sudah mendapatkan suntikan vaksin masing-masing.

“Baginda turut menyeru sekalian rakyat jelata di semua peringkat umur supaya tidak ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.

“Baginda juga menggesa rakyat agar segera melakukan pendaftaran di aplikasi My Sejahtera dan bersabar menanti giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 masing-masing seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Sultan Selangor Dan Tengku Permaisuri Sudah Terima 2 Dos Vaksin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*