
Buat yang masih ingat dengan kegigihan seorang wanita yang bersiaran langsung lewat malam demi mencari rezeki.
Sepertimana ada yang terkesan dengan pandemik Covid-19, wanita yang dikenali sebagai Mak Idah mengambil langkah untuk mencari rezeki dengan suasana norma baharu.
Mak Idah sebelum ini mencuri tumpuan warga maya apabila kegigihannya dalam mencari rezeki dengan menjual baju-baju bundle secara langsung (live).
Walau bagaimanapun, nampaknya kisah Mak Idah ini turut mendapat perhatian usahawan popular, Hafiz Mahamad.
Melalui ruangan Instagram, suami kepada Syafiqah Aina ini mengakui merasa begitu terharu apabila masih melihat pada jam 1 pagi, wanita yang turut mesra disapa Mak ini menjual baju bundle
Ujarnya bahawa dia ternampak seseorang yang berkongsi video live Mak Idah dan mengatakan suka melihatnya bersama anak-anak membuat live.
Lalu Hafiz Mahamad meninggalkan komen yang membuatkan Mak Idah terketar-ketar kerana dia mahu membeli pakaian yang dijual sebanyak RM1000.
Ternyata perkongsian personaliti media sosial ini bukan sahaja mengundang orang ramai memuji sikap suka bersedekah yang dilakukan Hafiz Mahamad itu malah video yang dimuat naik tersebut mengundang rasa terharu kerana yakin,
Mak Idah mesti sangat gembira.
VIDEO KEJADIAN:
KOMEN NETIZEN:
Sumber : HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply