Penyewa Tak Bayar Sewa Tapi Kunci Pemilik Rumah Guna Mangga Lain. Pening Tuan Rumah Dapat Penyewa Macam Ini (Video)

Isu penyewa bermasalah kerana enggan membayar duit sewa rumah bukanlah satu isu yang baru malah, ia kini dipandang serius apabila ada segelintir penyewa yang bertindak luar kawalan setiap kali tuan rumah ingin meminta bayaran duit sewa.

Menerusi satu perkongsian video oleh @kimiechannel di TikTok, seorang tuan rumah telah menerima nasib malang apabila dirinya dikurung oleh penyewa bilik di dalam rumahnya sendiri. Difahamkan, penyewa berkenaan tidak membayar duit sewa bilik sehingga tertunggak 3 bulan.

BeFunky-collage (3)

“Sebab dia tak bayar tiga bulan, saya terpaksa lah beli mangga baru,” kata tuan rumah dalam penjelasan video berkenaan.

Lantaran itu, tuan rumah terpaksa beri amaran dengan menukarkan kunci rumah yang baru sekiranya penyewa itu masih lagi berdegil untuk tidak membayar duit sewa.

Namun, setelah penyewa tahu perkara tersebut, dia malah bertindak kurang ajar kepada tuan rumah dengan cara menukarkan kunci rumah yang lain pada ketika waktu malam semasa tuan rumah sedang lena tertidur.

“Keesokan harinya, saya bangun dalam pukul 6 pagi dan saya terkurung di dalam rumah sebab dia dah tukar mangga kunci yang baharu. Mungkin dia tukar masa saya tengah tidur,” katanya.

Susulan daripada kejadian itu, tuan rumah berkenaan telah menghubungi pihak bomba bagi membantunya membuka pintu rumahnya yang terkunci itu. Walau bagaimanapun lokasi kejadian dan identiti tuan rumah masih lagi dirahsiakan. Berharap kisah ini menjadi sebuah pengajaran kepada penyewa bilik supaya menghentikan sikap kurang ajar terhadap tuan rumah.

Video:

Sumber : Vocket

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*