Bawa Isteri Keluar Makan Lepas Itu Minta Izin Untuk Berkahwin Lain (Video)

Selalu kita dengar kisah kisah dimana seorang suami memberanikan diri untuk berpoligami (kahwin lebih dari 1).

Mereka akan meminta izin isteri tapi ramai juga yang tak minta izin tapi kahwin lain.

Walaupun dibenarkan di dalam Islam, hati seorang isteri apabila dia tahu akan dimadukan dan kasih sayang dia akan dibahagikan pasti buat sesiapa pun sedih.

Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok apabila seorang lelaki cuba memujuk dan meyakinkan isterinya memberi ‘lampu’ hijau buat dirinya untuk berkahwin lain.

Nak pujuk isteri bermadu, belanja makan dahulu

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat lelaki dikenali sebagai @ainaljulung itu membawa si isteri makan di restoran dengan porsi makanan yang agak banyak.

Pada saat itu, isterinya dilihat makan dengan penuh berselera meskipun wajahnya kelihatan sayu.

Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut sempat menulis kapsyen berharap agar ada berita gembira selepas memberitahu hasrat kepada isteri.

VIdeo:

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati tambahan lagi apabila lelaki itu sanggup merakam isterinya dan menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ di TikTok.

Dalam pada itu, ramai juga mengecam lelaki berkenaan yang disifatkan seperti tidak menghargai isterinya.

Kenapa nak poligami, isteri tak cukup bagus ke?

Apa yang kurang lagi? Cermin diri dulu

Janganlah buat ‘content’ macam ni, tak elok sakitkan hati isteri

Setelah ditegur dan dikecam bertubi-tubi oleh netizen, lelaki itu sempat meninggalkan komen di mana video tersebut merupakan permintaan isterinya sendiri.

Namun adalah tidak dipastikan kesahihannya sama ada benar atau tidak.

Kredit: OMM

Be the first to comment on "Bawa Isteri Keluar Makan Lepas Itu Minta Izin Untuk Berkahwin Lain (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*