
PETALING JAYA – Polis mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian seorang penghantar makanan yang dipu.kul di sebuah kafe semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, berdasarkan laporan itu mangsa telah mendakwa dirinya ditam.par di bahagian leher kiri oleh pemilik kafe tersebut.
“Kejadian berlaku apabila pemilik kafe berselisih faham dengan penghantar makanan (mang.sa) berkaitan kelewatan dalam menguruskan penghantaran makanan yang telah dipesan hingga menyebabkan pelanggan membatalkan pesanan mereka.
“Mang.sa telah ditampar di bahagian leher sebelah kiri serta menghalau mang.sa keluar dari kafe,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ku Mashariman berkata, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis kerana video rakaman kejadian telah tular di laman sosial.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Kesek.saan yang memperuntukkan huku.man pen.jara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.
Terdahulu, kecoh di laman sosial mengenai satu rakaman yang menunjukkan tindakan pemilik kafe yang bertindak memukul penghantar makanan terbabit.
Rakaman berdurasi 58 saat itu turut mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya menganggap tindakan pemilik kafe tersebut keterlaluan dan wajar dikenakan tindakan tegas.
Video:
Sumber: Kosmo Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply