Selama Setahun Dia Berkahwin, Suami Tidak Pernah Sekali Pun Beri Nafkah. Rupa Rupanya Semua Duit Suami Dipegang Oleh Orang Ini (Video)

Ibu merupakan insan yang terpenting dan sangat berharga dalam hidup kita.

Walaupun begitu, bagi anak-anak yang sudah berkahwin, kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kerana lantaran terlalu sibuk dengan ibu bapa sendiri sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak juga merupakan sesuatu yang dilarang agama.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok mendakwa perkahwinannya bersama suami hanya bertahan selama setahun sahaja kerana ‘campur tangan’ mentua.

Mentua ‘pegang’ duit suami

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan oleh Mama Muda, dia meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan nasib yang menimpa dirinya itu.

Menurut wanita ini, meskipun dia sudah berkahwin dengan suami tetapi ibu mentuanya dikatakan langsung tidak menganggapnya sebagai menantu.

Bercerita dengan lebih lanjut, dia memberitahu si suami juga tidak pernah sekalipun memberikan nafkah kepadanya sepanjang perkahwinan mereka selain tidak menghargainya sebagai isteri.

Apa yang tidak disangka-sangka mentuanya juga dipercayai telah ‘mengawal’ kewangan si suami sedangkan mereka tahu anak lelaki mereka itu sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab terhadap isteri.

Jelas wanita ini lagi, hubungan perkahwinannya hanya mampu bertahan selama setahun sahaja dan mereka kini dikatakan akan membawa haluan masing-masing.

Setahun je bertahan

‘Awak buat benda yang betul sis’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Mereka berharap agar wanita ini diberikan kekuatan untuk menempuhi kehidupan mendatang. Tidak kurang juga ada dalam kalangan netizen turut berkongsi kisah sama yang pernah dilalui mereka.

Sumber: Mama Muda via Oh Bulan

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*