
Genap seminggu berita tentang perkahwinan Neelofa dan PU Riz berlalu tetapi nama mereka masih lagi bibir netizen.
Dari sebelum berkahwin sehingga la sekarang mesti ada perkara tentang Neelofa akan muncul. Pelbagai cerita dari Neelofa yang buat netizen rasa tidak puas hati.
Seorang indivdu bernama Muhammad Ezral telah memuat naik 1 kenyataan tentang Neelofa dan ia menjadi tular di media sosial.
Dengan jumlah perkongsian melebihi 2 ribu, kenyataan yang tidak sampai 1 hari telah mendapat pelbagai reaksi netizen samada yang sokong Neelofa dan yang tidak menyukai Neelofa. Jom baca..
Aku dah lama boikot artis perempuan ni.
Post2 aku ni tak suka up pasal retis tapi aku lihat trending dia ni terlalu melampau.
Keluarga ala Kim Kardashian bad marketing dari dulu sampai kini sampai mereputlah.
Aku dah lama boikot mereka ni sekeluarga. Aku dah pesan kepada ahli keluarga aku jangan sesekali barang dia atau yang berkaitan dengannya.
Bukan aku tak sokong bumiputera, tapi aku tak sokong si angkuh, yang hidup dengan bad marketing yang penuh dengan kontroversi sentiasa lapar nak free marketing and popularity.
Nak backup dia sebab lawa ? Personally pada aku dia biasa sangat takdelah kita tengok wow terkejut. Ni pandangan peribadi aku lah.
Takdelah yang sepertimana orang heboh2 kan sampai ada yang wat post kecewa bila dia nikah. Ramai lagi yang jauh lagi cantik daripada dia pun.
Bila aku mula boikot dia ?
Mula dengan dia lancar tudung di Zouk. Zouk tu tempat syaitan dan iblis. Kalau reverse psiko pulak, lancar arak di dalam masjid. Kau boleh terima ? Lancar tudung kat tempat maksiat ?
Alasan nak berdakwah ? Actually tu teknik marketing agar orang kecam dia, dia suka orang kecam dia so dia dapat free marketing dapatlah wat jualan puluh billiun.
Pastu belum nikah d3ngan si patah ameng tu dah siap solat jemaah sekali kat set pergambaran. Semata2 nak raih viewer dan free marketing, so kena solat jemaah sekali leh lah blogger wat tajuk panas Patah jadi imam solat si dia.
Si mak pulak sibuk nak pattern kan daging harimau menangis, what the fffff ? Benda tu umum tahu kot dah lama orang duk pakai tetiba kau nak pattern kan hak milik kau ?
Si adik pulak sibuk sapu krim kat ponggong tu bernilai 1k, orang lain perabis tang kuku je puluh2 k relax je. Siap abg ipar pun boleh bergambar pegang2 dia lagi. Tak tahu ke batas2 antara ipar ?
Si kakak pulak belum nikah dah up gambar pelok2, kau bangga ke tonjol maksiat kau, dapat hadiah seterika 12k pun sampai kecoh.
Sebelum nikah dengan si PU tu pulak pelbagai cerita porak peranda ribut taufan sengaja digembar gemburkan.
Now dia menikah dengan PU, we dont care itu hak dia, nak buat pelamin sampai ratus juta pun itu hak dia.
Tapi yang orang pertikai adalah SOP yang dia sendiri langgar. Pengantin marhein yang lain duduk dalam train pun terus kena denda. Pakcik2 minum di surau pun terus kena denda, tak pakai mask pun kena denda. Inilah namanya double standard.
Yang ada dalam majlis dia bukan marhein saja malah penuh dengan VIP yang berjawatan seperti menteri agama. Apa fungsi menteri agama time tu jika SOP pun dia langgar. Kemudian bila ditanya just jawab NO KOMEN.
Ke semua dalam majlis yang rapat2 tu ahli keluarga yang duk sebumbung ? Ahli keluarga yang luar negeri tak datang langsung ke ?
Kemudian bangga, rezeki dia dapat melalui percakapan netizen tentang dia. Makin orang bercakap makin dia dapat duit akibat free marketing, dia lupa dialah punca timbulnya fitnah.
Sampai SOP pun langgar so masih lagi kebal. Cuba kalau marhein buat seperti dia, memang terus on the spot kena denda mau ratus2 ribu kena berapa ramai ada dalam majlis dia tu.
Tapi disebabkan dia kebal, so tiada apa2 lagi tindakan dikenakan. Alasan tiada laporan diterima time tu. So apa guna menteri agama duk dalam tu ? Jadi kelu terus ke disebabkan ada makanan ? Perut kenyang jadi lembu cucuk hidung ?
Cuba kalau aku yang buat majlis nikah cam dia ni kompom kena denda terus.
Tidak terhenti hanya di situ, pergi pula ke Langkawi, tujuan apa ? Bila disiasat katanya atas urusan kerja nak buka cawangan.
So katalah benar atas urusan kerja, jadinya virus kobid ni tak ganggu orang di atas urusan kerja ?
Netijen ni takdelah bengap sangat senang nak diperkudakan. Lepas majlis beberapa hari je, terus ada urusan kerja.
Atas urusan kerja sampai naik kabel car ? Duk upload gambar sweet sweet.
Mereka ni sentiasa mencari perhatian dengan benda2 yang terlalu ‘bodoh’ sebab mereka tahu netizen ni suka kepada kebodohan.
Majoriti yang menyokong mereka pun hanyalah si jahil. Bila ada yang pertikai berkaitan SOP, akan ada si jahil yang hidup pun kais pagi makan pagi, siap kata orang yang pertikai mereka ni as dengki.
Undang2 dan SOP dibuat hanya untuk marhein sahaja. Tapi jadi kebal untuk golongan VIP, bangsawan, berjawatan, berkuasa.
Thats y aku selalu kata, artis ni lah yang merosakkan masyarakat. Masyarakat yang jadikan mereka ni sebagai idola maka rosaklah.
Alasan mereka jadikan idola kerana dia kaya raya, kau apa hadooo ? Kalaulah nilaian untuk diikuti tu as kaya raya nescaya nama Firaun dan Qarun diangkat di dalam al quran sebagai contoh ikutan. Tapi mereka ni dikutuk. Inilah istidraj. So jangan sangka bila kaya, senang tu dikira sebagai tanda Allah kasih.
Nilai kejayaan dan tanda Allah sayang bukanlah dengan adanya harta benda dan duit.
Percayalah, mereka sekeluarga ni akan sentiasa ada cerita bodoh untuk elakkan dari terus menjadi sendu. Maka terbitlah sentiasa cerita cerita bodoh tentang mereka, mereka tahu semua itu bodoh tapi tetap teruskan demi duit.
Artis lain pun ada keluarga jugak, ada kau tengok semua benda nak jadikan isu ? Ada semua pakat masuk enterframe nak jadi glamour create cerita2 bodoh ?
Lepas ni pengakhiran dialog dramanya mudah je.
MINTA MAAF.
Zaman tudung masuk zouk pun sama gak just minta maaf. Memang plot ceritanya kat situ.
Cash is king. Beginilah jadinya. Yang marhein silap terus kena denda. Sang Bangsawan dilindungi habis habisan.
Dah lama pun masyarakat kita ni amalkan kasta. Lagu Ac Mizal nyanyi ngan Abby tu tinggal sejarah je. “Melawan siapakah musuh durjana, tak kira pangkat darjat ataupun harta”
Kredit: Facebook Muhammad Ezral
Artikel: AwattSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
TIDAK DIBENARKAN SALIN SEMULA TANPA KEBENARAN
Leave a Reply