“Lembut Je Dia Perli Neelofa” Netizen Terhibur Cara Fazura Tegur (Video)

Pelakon popular Fazura mencetuskan tanda tanya netizen apabila bertindak memberi komen berbaur sindiran mengenai isu rentas negeri yang sedang hangat diperkatakan kini.

Komen tersebut dilakukan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, yang bertindak sebagai juri menerusi siaran langsung program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) malam tadi.

“Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP). Tak boleh rentas jangan rentas,” katanya.

Meninjau laman Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan dan berteka-teki adakah komen tersebut dilakukan secara umum atau ditujukan kepada mana-mana individu tertentu.

“Fazura perli sapa tu? Tak boleh rentas jangan rentas. Hahaha.

“Smooth (lembut) je Fazura perli,” tulis netizen.

Terdahulu, tindakan beberapa selebriti terkenal tanah air melakukan rentas negeri atas tiket urusan kerja menjadi bualan netizen kerana didakwa menyalahgunakan permit kebenaran yang diberikan.

Video:

Perli siapa tu ye?

Malah ada juga memuji tindakan Fazura, sebagai ‘public figure’ yang mempunyai pengaruh besar sekali gus dapat menasihati dan mengingatkan penonton mengenai pematuhan terhadap SOP.

Bagus! Kita perlukan lebih lagi macam ni

Program MLS disiarkan secara langsung setiap Jumaat, jam 9 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

Sumber : Kosmo Online

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*