
Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mencuri tumpuan peminatnya menerusi foto terbaharu yang dikongsikan di Instagram.
Menerusi foto berkenaan, Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy mengenakan dres bercorak hitam putih didakwa netizen semakin berisi.
Malah, bahagian perutnya turut menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa kelihatan seolah-olah seperti baby bump.
“I think I saw somehting. Expecting soon,” tulis seorang pengguna.
Tambah pengguna lain pula tanpa berselindung; “baby bump.”
Namun ada yang menganggap ilusi itu hanyalah disebabkan corak dress dan postur badan Lizzy ketika bergambar.
“Baju tu besar kot. Baru kahwin kejap macam mana boleh mengandung secepat itu,” komen pengguna lain.
LIZZY TAMPIL JELASKAN PERKARA SEBENAR
Enggan membiarkan spekulasi terus meliar, Lizzy tampil menjelaskan perkara sebenar di Instagram Stories.
“Guys.. I’m not pregnant,” katanya.
Lizzy telah mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan usahawan, Siew Jim pada 20 Mac lalu.
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply