
Desas-desus tentang percintaan bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila bersama Engku Emran akhirnya terjawab apabila mereka telah melangsungkan perkahwinan pagi ini.
Perkara ini disahkan menerusi entri Instastory, yang dimuat naik oleh adiknya iaitu Ameera Khan atau lebih mesra disapa LMK .
Menerusi tiga Instastory yang dimuat naik, menujukkan suasana majlis perkahwinan. Jika dilihat, menerusi papan tanda majlis tersebut menunjukkan walimatul urus Noor Nabila dan Engku Emran yang berlangsung hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, Noor Nabila dan Engku Emran menjelaskan mereka tidak mengikat tali pertunangan sebelum ini sepertimana hangat diperkatakan netizen.
Kami tak bertunang
Difahamkan, pasangan ini masing-masing mengenali dengan rapat sejak bulan Ogos tahun lalu lagi. Malah, mereka turut berkongsi minat suka berbasikal yang sama membuatkan pasangan ini semakin akrab.
Kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan. Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Kami juga berkongsi minat sama termasuk dalam aktiviti berbasikal.
Masing-masing sudah matang
Pernikahan tersebut telah lancar dijalankan dengan berwalikan adik lelaki kepada Noor Nabila iaitu Mohamed Aqief. Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.
Manakala, jumlah wang hantaran tidak dimaklumkan.
Engku Emran Peluk Erat Mak Mertua, Boleh Ke?
Ada segelintir netizen yang mempertikaikan 1 video dimana Engku Emran memeluk erat ibu mertua, Noorkartini.
Ada yang cakap boleh sebab mahram ada yang cakap tak boleh. Jadi untuk hilangkan kekeliruan mari kita dengan Ustaz Azhar Idrus cakap,
Harap video diatas dapat memperjelaskan segala kekeliruan netizen. Tiada masalah untuk Engku Emran untuk pegang ibu mertua dia.
Ini pula info tambahan …
Hukum Bersalam Dengan Adik Ipar Kakak Ipar – Ustaz Azhar Idrus Official
Kredit: OH BULAN
Artikel : AwatttSyeikhhh Network
Leave a Reply