
Baru baru ini sudah pasti anda tahu tentang operasi bersepadu antara polis dan pihak JPJ untuk menahan kenderaan terutamanya motorsikal yang telah dimodifikasi
Perkara paling memeningkan rakyat adalah kerana eksoz motor terpaksa disita. Operasi dilakukan hampir hari hari di banyak kawasan.
NAJIB RAZAK DIMINTA TOLONG TENTANG ISU EKSOZ
Kenyataan di bawah adalah dari Najib Razak sendiri.
Setelah diminta oleh seorang anak muda untuk “bom” isu ini semalam, saya mula faham apa sebenarnya isu ekzos motorsikal.
Isu ekzos motor terlalu bising dan diubahsuai ini dah lama wujud.
Tidak dinafikan ianya melanggar undang-undang dan ianya juga kurang disukai ramai. Dan saya rasa penunggang motor juga bersetuju mengikut undang-undang.
Namun masa pand3mik ini bukan masa paling sesuai untuk melakukan operasi penguatkuasaan untuk mencari salah dan mengeluarkan saman secara besar-besaran terhadap isu ini.
Sebab v1rus Covid tak takut pada bunyi ekzos
Jika pengguna motor nak perbetulkan ekzos dan aksesori motor mereka pun perlukan masa dan wang.
Tapi dalam krisis pand3mik ini, ramai tidak ada duit berlebihan untuk memperbetulkannya.
Ekoran itu, ramai anak-anak muda yang tidak lagi berani membawa bike keluar untuk mencari pendapatan sebab takut disaman RM2,000, penjara 6 bulan dan bike disita.
Saya rasa usaha mencari salah ekzos berbunyi tidak membantu dalam usaha melawan Covid dan tidak menyumbang kepada pemulihan ekonomi.
Jika nak dilaksanakan operasi penguatkuasaan, saya berpendapat ianya lebih adil untuk beri tempoh pengampunan selama separuh tahun atau setahun setelah pand3mik Covid sudah berakhir dan ekonomi telah memulih untuk memberi peluang pengguna motor mencari pendapatan untuk memperbaiki motor mereka.
Berilah tempoh yang munasabah bagi anak-anak muda untuk bernafas semula ketika pand3mik Covid ini.
Ketika Najib Razak ditegur seorang pemuda ..
Jika parlimen boleh ditangguh dengan alasan tak masuk akal sehingga darurat berakhir dan PRU boleh diketepikan dengan alasan perlu tunggu sehingga pand3mik berakhir, kenapa pula operasi penguatkuasaan ekzos serta aksesori motor tidak boleh ditangguh selagi ianya tidak membahayakan nyawa?
Pada masa ini, usaha penguatkuasaan boleh bermula dari sekarang juga dengan menyasarkan kedai-kedai aksesori dan motor untuk memastikan penjualan aksesori tidak dibenarkan dan pengubahsuaian ekzos keterlaluan tidak berlaku lagi.
Sebenarnya, tempoh pengampunan (grace period) bagi pengguna kenderaan untuk perbaiki kereta dan mengikut undang-undang sebelum penguatkuasaan besar-besaran dilakukan bukan satu perkara yang luar biasa.
Pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu untuk perlaksanaan 3rd brake light, window tinting dan kerusi keselamatan kanak-kanak kereta.
Sumber: Najib Razak
Artikel: AwatttSyeikhh Network
Leave a Reply