Tiba Tiba Mat Motor Ini Patah Balik Sebab Ingat Ada Roadblock. Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku (Video)

Rakyat Malaysia pastinya cukup kenal dengan drama Gerak Khas yang sudah berpuluh tahun ditayangkan sejak tahun 1999.

Baru-baru ini satu kejadian yang melucukan dikongsikan di media sosial di mana seorang penunggang motorsikal terpaksa berpatah balik selepas melihat ‘anggota polis’ di hadapan.

Namun sebenarnya anggota polis yang dilihat itu adalah barisan pelakon yang membintangi drama tersebut. Di dalam video yang dikongsikan di Tik Tok itu, penunggang motorsikal itu kantoi cuba membuat pusingan U-Turn selepas tersilap melawan arus.

Tetapi sebaik sahaja dia melihat pelakon yang disangka anggota polis trafik itu, dia kemudian berpatah balik dengan perlahan-lahan.

Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan pelakon Roy Azman dan gandingannya Dazrin sedang berlakon sebagai polis trafik yang memantau keadaan di jalan raya.

Aksi lucu penunggang motorsikal itu dapat dilihat dengan jelas semasa pelakon itu sedang melakonkan babak mereka.

VIDEO:

Oleh kerana kedua-dua pelakon itu lengkap memakai pakaian seragam polis trafik, mungkin ada yang menganggap mereka berdua adalah polis sebenar.

Penunggang motorsikal itu juga yang pada awalnya melawan arus kemudian kembali mematuhi peraturan jalan raya. Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu penunggang tersebut.

“Dia ni ingat ni rancangan 999 TV3.”

penunggang motorsikal

“Hahaha kalau aku pun patah balik.”

penunggang

Ramai juga yang memahami situasi cemas yang dilalui penunggang motorsikal itu apabila melihat dua kelibat anggota polis trafik di hadapan.

Sudah lah sedang melakukan kesalahan, pastinya penunggang itu tidak berani melakukannya selepas melihat pihak berkuasa di hadapan walaupun sebenarnya ini hanyalah sesi penggambaran sahaja.

Sumber : Himpunan Cerita Lawak

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*