Teman Lelaki Sajat Pula Tampil Beri Komen Mencabar Tentang Usaha JAIS Mencari Sajat

Pihak polis sedia membantu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang telah melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kita sedia bantu,” katanya ringkas.

JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pukul 9 malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri.

TEMAN LELAKI SAJAT CABAR PENGUATKUASA

Sajat Dedah Ramai Yang Cuba Pisahkannya Dengan Kekasih

Semua sedia maklum bahawa lelaki yang berasal dari Iran bernama Jadoss adalah teman lelaki kepada usahawan Sajat.

Dengan kekecohan pihak JAIS mencari Sajat, Jadoos telah memuat naik 1 status di laman Facebook dia sendiri tentang itu.

“Kalau rasa anda boleh jumpa dia, sila ambil ini ****”

Status yang memprovokasi pihak penguatkuasa dalam usaha mencari Sajat disertakan dengan tanda emoji ‘menc4rut’ mengundang kecaman netizen.

“Waaahhh.. Looks like someone is challenging the authority.. Don’t be surprised if the PDRM come knocking on your door.. If that happens, don’t give your muka seposen when your face is out on TV with police around you escorting you to the policecar”

“Dengan manusia kamu berani la 2 ekoq ni. Dengan hukum Alllah berani sungguh engkau cabar”

Muhammad Sajjad ulangi ikrar keluar Islam

Nur Sajat menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial.

Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

Menurut Muhammad Sajjad, tindakan orang ramai termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan memberi iktibar, sebaliknya membuatkannya lebih takut dan berasa lebih baik untuk keluar daripada agama Islam.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” katanya.

Tangkap layar rakaman video tular di media sosial berhubung pengakuan Muhammad Sajjad untuk keluar daripada agama Islam.

Bagaimanapun, tarikh muat naik video berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada ia video baharu atau lama.

Terdahulu, Sajat dikenakan w4ran tangkap selepas gagal hadir ke mahk4mah pada sebutan semula kesnya Selasa lalu berhubung isu berpakaian wanita pada 2018.

Malah, penyanyi lagu Bobo Dimana itu juga sempat memuat naik beberapa posting berbaur sind1ran di laman Instagram dipercayai ditujukan kepada penguat kuasa JAIS sebelum akaun miliknya dinyahaktifkan.

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Be the first to comment on "Teman Lelaki Sajat Pula Tampil Beri Komen Mencabar Tentang Usaha JAIS Mencari Sajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*