
Tanah Merah: Seramai 11 pesalah jalan raya ‘dipaksa’ menunaikan solat Maghrib berjemaah dan mengikuti tazkirah selepas ditahan pihak berkuasa petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, tindakan itu dilakukan sebaik mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah selepas ditahan sempena Op Khas Kesalahan (Bunyi Bising).
“Semua mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun ditahan di Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek dalam operasi yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 8 malam.
KENA TAZKIRAH SELEPAS SOLAT JEMAAH
“Mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib menyebabkan saya mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya.
“Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Zainuddin berkata, operasi petang semalam membabitkan dua pegawai serta enam anggota dan sebanyak sembilan motosikal disita.
Katanya, sebanyak 30 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan dan yang paling tinggi adalah kesalahan tidak memakai topi keledar.
“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply