Pemandu Grab Tidak Sangka Dapat Jumpa PM Muhyiddin Yassin Ketika Solat Jumaat. Selesai Solat Ini Yang Terjadi

Sesibuk mana pun rutin harian kita, janganlah kita lupa tanggungjawab kita kepada agama iaitu perkara yang paling penting sekali SOLAT.

Seorang pemandu GRAB bernama Abdul Rahman Mohamed Arif telah memuat naik satu posting di Facebook beliau tentang pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini sememangnya satu pengalaman untuk saudara Abdul Rahman Mohamed Arif yang pasti tidak akan dia lupa sampai bila bila. Jom baca ..

JUMPA PM DI MASJID KETIKA SOLAT JUMAAT

Dlm masjid saya jarang hirau org sekeliling. Sy akan duduk dan tunduk shj sambil iktikaf. Saya perasan depan saya seorang lelaki berbaju biru dtg dan duduk di hdpn saya sebelum solat.

Spt biasa saya nampak oh org ini maybe penjawat awam. Biasalah putrajaya.

Selepas dia solat sunat semasa beri salam baru saya perasan ini Perdana Menteri Malaysia. Ini jarak terdekat saya dgn PM. Seperti org biasa. Tiada bodyguard. Dan saya seperti tidak percaya.

Selesai solat Jumaat saya tidak sabar untuk bangun dan memberi penghormatan. Paling kurang bangun senyum dan tegur. Teruja saya.

Bukan senang dapat peluang begini. Namun sebaliknya yg berlaku. Dengan selamba PM tegur saya dahulu.

Kata Tan Sri ” Tak apa awak tak bangun pun saya tak kisah” saya hanya malu tersengih sambil meletakkan tangan di dada dan sedikit tunduk. Saya kecewa tidak dapat bersalam. Covid memisahkan sentuhan kami.

Tanya Tan Sri lagi. “Awak dari mana? ” Saya jwb. Saya dari Bandar Tun Razak Tan Sri .Saya pemandu grab sekitar putrajaya dan Kuala Lumpur.

Hari ini rezeki saya solat di sini dan berjumpa Tan Sri. Dia hanya senyum.” Oh jauh awak solat hari ini. Hari ini rezeki saya jumpa awak juga. Grab ok? Tanya Tan Sri.

Saya jawab “ok Tan Sri. Rajin keluar adalah rezeki. Cuma slow sikitlah Mco ni. Biasalah”.

“Ya saya faham. Kita semua perlu Sabar sikit lagi.Jaga diri dan keluarga. Nanti kerajaan akan bantu pemandu2” kata Tan Sri.

Saya hanya jawab baik Tan Sri. Terima kasih. Dia berlalu pergi. Saya hanya tersenyum. Bangga kerana dapat peluang begini. Ini gambar minggu lepas di Masjid Putra solat Jumaat.

Kredit: Abdul Rahman Mohamed Arif

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pemandu Grab Tidak Sangka Dapat Jumpa PM Muhyiddin Yassin Ketika Solat Jumaat. Selesai Solat Ini Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*