Waran Tangkap Kerana Tidak Hadir Ke Mahkamah. Sajat Akhirnya Tampil Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Dia Tak Datang

Usahawan dan selebriti kontroversi, Nur Sajat mendakwa dia mempunyai alasan kukuh tidak menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya di mahkamah pada 23 Februari lalu.

Katanya, dia tidak berniat mengelak hadir ke mahkamah namun terpaksa berbuat demikian atas masalah kesihatan.

Sajat turut mendakwa, dia mempunyai surat doktor sebagai pengesahan.

“Saya tak sihat, muka dan anggota badan saya tiba-tiba menjadi b3ngkak akibat alahan makanan. Surat pengesahan doktor pun saya ada kalau tidak percaya,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam mengeluarkan waran tangk4p terhadap Sajat susulan dia gagal hadir ke mahk4mah bagi prosiding sebutan semula kes berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang h1na.

Menurut Peguam Syarie Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Sajat, mahkamah telah menetapkan tarikh baharu pada 1 Jun depan berikutan ketidakhadiran anak guamnya

Selain itu, kata Sajat, dia juga hairan mengapa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih belum memberi dan menghantar laporan penuh berhubung pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Menurutnya, hal itu berlaku sejak 23 Februari 2018.

Disebabkan hal itu kata Sajat, dia berasa tidak puas hati selain mengaku masih tr4uma dengan apa yang terjadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat Jais bulan lalu.

Sajat menjelaskan, dia berasa seperti dibulii kerana mendakwa tidak diberikan hak sebagai rakyat negara ini.

“Kalaulah saya mengelak dan mahu lari, lebih baik terus pindah luar negara terus. Buat apa saya beri kerjasama selama ini?

“Terus-terang, saya tak takut, tetapi lebih kepada sedih dan kecil hati diperlakukan sebegitu,” katanya.

Sementara itu, portal Berita Harian Online melaporkan Jais masih menunggu waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terhadap Nur Sajat sebelum mengambil tindakan susulan.

Jurucakap Jais berkata, pasukan penguat kuasanya akan menangkap Nur Sajat untuk dibawa ke mahkamah bagi proses perbicaraan selepas menerima waran berkenaan.

“Kami jangka war4n itu akan diterima hari ini. Sebaik terima waran itu, kita akan usaha cari dan tangk4p Sajat.

“Setakat ini, kita masih menunggu war4n itu,” katanya yang dipetik oleh BH, hari ini.

Sumber : Malaysia KINI

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*