Proton Satria GTi ‘Berlumba’ Dengan Mazda RX7 Tiba Tiba Mazda Ini Berpusing. Apa GTi Ini Buat Waktu Itu Dapat Pujian Netizen

Hari minggu merupakan hari paling yang dinanti-nantikan oleh orang ramai kerana pada waktu itulah kita mempunyai masa dan peluang untuk melakukan hobi kegemaran kita walaupun PKP masih berkuatkuasa.

Bagi yang mempunyai kereta lumba atau modified untuk laju sudah pasti akan mencuba jentera mereka.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam sebuah kereta Mazda RX-7 dan Proton Satria sedang ‘layan’ memandu di sekitar kawasan Tropicana Golf & Country Resort di Ara Damansara.

Namun nasib tidak menyebelahi pemandu kereta Mazda RX7 apabila tiba tiba di selekoh kereta itu berpusing dan Satria Gti ini memang rapat.

Dengan handling Lotus dan kecekapan pemandu, kereta Satria GTi berjaya elak dari melanggarr Mazda RX7 itu.

Video:

Ramai pengguna internet kagum dengan kecekapan pemandu Proton Satria kerana dia berjaya mengelak daripada merempuh kereta Mazda RX-7 yang terbabas di hadapannya.

Pada masa yang sama peminat-peminat kereta telah berkongsi pandangan sesama mereka mengenai insiden ini.

KOMEN NETIZEN:

“Jalan nie lepas traffic light hijau akan berdesup la semua kereta layan corner dengan terbang2 speed bump depan tu… finishing dia bila lepas traffic light lagi satu menuju ke ara damansara depan h20 residence.. kau tengok semua tekan pedal minyak sambil berdiri… termasuk la aku pakai exora turbo pun layan cornering.. kau bawak pelan pun x boleh sangat sebab sini semua gila layan corner… yang dok terkial2 nak masuk simpang pi tesco ara damansara memang kena hon la memanjang”

“Oversteer mgkin sebab tekan minyak lepas corner… kekurangan rear wheel drive”

Kredit: KoolFM / Funtastico

Aritkel: AwattSyeikhh Network

 

Be the first to comment on "Proton Satria GTi ‘Berlumba’ Dengan Mazda RX7 Tiba Tiba Mazda Ini Berpusing. Apa GTi Ini Buat Waktu Itu Dapat Pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*