Pemandu Proton Persona Yang Jadi Hero Menghalang Lelaki Dari Terus Pukvl Wanita Tampil Cerita Apa Yang Berlaku (Video)

Semalam viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menaiki motosikal dipercayai sengaja melanggar seorang wanita yang berdiri di sampingnya.

Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan pantas pemandu kereta jenis Proton Persona yang bertindak menghalang penunggang motosikal ini.

Langgar berkali-kali

Berdasarkan video yang dikongsikan di Twitter memaparkan seorang lelaki sedang menaiki motosikal sementara seorang wanita berada disampingnya. Kejadian ini dipercayai berlaku di depan Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Pada awalnya, kedua-dua individu ini kelihatan seperti sedang bertengkar dan tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan melanggar wanita terbabit beberapa kali.

Walau bagaimanapun, sebuah kereta jenis Proton Persona yang melalui kawasan itu telah memberhentikan kenderaannya untuk menghalang tindakan penunggang motosikal terbabit. Ahli anggota RELA yang berada di kawasan tersebut akhirnya berjaya menangkap lelaki ini.

Penjelasan Abang Pesona

Susulan daripada insiden ini, seorang lelaki yang dipercayai merupakan pemandu kereta Proton Pesona itu tampil menjelaskan bahawa kes tersebut diselesaikan secara aman dan tidak melibatkan pihak polis. Malah, kedua-dua individu ini juga dikatakan telah pulang menaiki motosikal terbabit.

Netizen puji tindakan pantas Abang Persona

Sumber: OH BULAN

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*