
Satu video tular di media sosial apabila seorang doktor mendoakan orang awam supaya dijangkiti penyakit Covid-19.
Dua video berasingan yang dimuat naik di Twitter masing-masing berdurasi dua minit 20 saat dan 30 saat menyaksikan sebuah kereta yang dipercayai seorang doktor melakukan pusingan U sesuka hati di kawasan sekitar Hospital Serdang, Serdang.
Tindakan wanita itu nyaris menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.
Pengguna Twitter Fadzli Amin atau @Fadzmin yang memuat naik dua video tersebut itu dalam ciapannya memaklumkan bahawa pemandu tersebut yang juga seorang doktor telah melakukan provokasi.
“@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di Hospital Serdang.
“Cara dia melakukan pusingan U membahayakan orang lain dan melakukan provokasi melampau. Wajarkah seorang doktor doakan orang kena Covid-19?,” ciap @Fadzmin di akaun Twitternya.
BUKAN KAKITANGAN HOSPITAL SERDANG
Dalam pada itu, menurut sumber, Hospital Serdang menafikan wanita terbabit ialah kakitangan atau seorang Doktor di Hospital Serdang.
Sehingga pukul 2 petang hari ini, video tersebut mendapat kira-kira 1.38 juta tontonan di Twitter.
Sumber : KOSMO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply