Ebit Lew Luahkan Rasa Sedih Apabila Dengar Dia Boleh Kena Penj4ra Selama 3 Tahun. Ini Luahan Ebit Lew

ADA pihak yang tidak senang dengan berita mengenai pendakwah Islam Ebit Lew membantu masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah menjadi muslim dan mengenal Tuhan secara beramai-ramai.

Di Twitter, ada individu yang mendakwa bahawa Ebit menggunakan pendekatan ‘aku beri kau makanan dan kau perlu masuk Islam’.

Dia mempersoalkan nilai pengajaran dan unsur kemanusiaan yang disampaikan oleh Ebit.

“Syabas Ebit! Sistem barter yang terbaik. Mangsa banjir – saya memberikan makanan kepada anda tetapi anda perlu menjadi Islam.

“Apakah nilai pengajaran dan kemanusiaan ini? Pengalaman bermakna, jangan mempercayai mana-mana misionaris atau pendakwa. Layanan tidak beretika dalam perdagangan kepercayaan dan identiti anda,” kata individu terbabit.

Dia bukan satu-satunya yang menuduh kononnya Ebit menjadikan bantuan kemanusiaan untuk menukarkan agama pihak yang dibantu.

Seorang wanita tanpa menyebut nama Ebit berkata, tindakan menukar agama individu dan masyarakat lain melalui bantuan kebajikan adalah tindakan hina.

Dia malah menuduh melalui penjajahan negara lain, mubaligh agama Kristian dari Barat pernah melakukan strategi yang sama.

“Tindakan menukar sekumpulan orang yang berada dalam kesusahan sebagai pertukaran pertolongan adalah hina tanpa mengira penyebar agama. Mubaligh Kristian hina dalam hal ini, seiring dengan misi penjajah,” katanya.

EBIT LEW TARIK DIRI

Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua.

Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah.

Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah-ebitlew

Artikel : AwattSyeikhhh Network

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

1 Comment

  1. Bismillah
    Pada pandangan saya terpulang pada niat hati ustaz Ebit Liew,dalam hati dia bukan kerana sistem barter,bukan paksaan atau imbuhan jauh sekali kerana nama,niat dia membantu demi Allah SWT ,saya percaya dlm hati dia cuma pemegang amanah Allah SWT walaupum hanya dgn nilai rm10 dalam poketnya yg lain milik mereka yg memerlukan ,pada hamba 2 Allah SWT dan saudara baru pula bukan kerana paksaan dan sbrang kpentigaan saya yakin tetapan Allah SWT…maka berlaku dgn izinnya…yg pasti itu yg tersurat dan tersirat..Wallahualam..apapun Alhamdulillah uztaz Ebit Liew

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*