
Jika ditanya pada rakyat, rata rata sudah pasti akan memberitahu bahawa PKP 2.0 ini lebih teruk dari PKP 1.0.
Apa yang terjadi sekarang tidak teratur dan jumlah kes harian terlalu tinggi. Kes sehari mencecah atas 5000 dan jumlah kem4t1an juga semakin meningkat. Sudah pasti ini akan membimbangkan rakyat.
Dengan sara hidup yang semakin tinggi kerana kos barang semakin mahal walaupun dalam tahun covid.
INI CADANGAN NAJIB KEPADA KERAJAAN TENTANG KWSP
Pejabat KWSP Shah Alam ini pernah ditutup pada 4 Januari lalu setelah staff didapati positif Covid.
Setelah dibuka semula selama 2 minggu, KWSP Shah Alam terpaksa ditutup sekali lagi semalam selepas beberapa lagi kakitangan cawangan tersebut didapati positif Covid-19.
Dilaporkan juga minggu lepas bahawa KWSP Lahad Datu diisytiharkan sebagai kluster Jalan Segama yang membabitkan kakitangan KWSP warga dengan kumulatif sebanyak 20 kes setakat 24 Januari.
Dalam tempoh 1 bulan lepas sahaja, pejabat KWSP di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Georgetown, Shah Alam (dua kali), Sibu dan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur telah ditutup akibat staff KWSP dijangkit Covid.
Sebab itu, saya ulang cadangan saya
Pada zaman pandemik ini, sebenarnya ada cara mudah untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid dan memudahkan urusan Rakyat supaya tidak perlu beratur panjang di pejabat-pejabat KWSP.
1. Bagi mereka yang tidak ada i-akaun, KWSP boleh bekerjasama dengan bank-bank untuk menyediakan perkhidmatan memohon i-Akaun KWSP melalui rangkaian ATM bank seluruh negara.
Bank-bank sudah ada butiran ahli KWSP seperti nombor MyKad (untuk dipadankan dengan nombor akaun KWSP) dan nombor telefon.
Kata laluan sekali guna untuk aktifkan i-Akaun bagi kali pertama boleh dipohon di ATM – sama ada dicetak atas slip ATM atau dihantar terus melalui SMS ke nombor henfon pemohon.
Proses ini tidak berbeza besar dengan permohonan untuk aktifkan permohonan internet banking buat kali pertama.
Perkhidmatan memohon password sekali guna juga boleh digunakan bagi mereka yang sudah ada i-Akaun tetapi terlupa password.
2. Setelah i-Akaun diaktifkan (dan setelah memansuhkan segala syarat@kriteria i-Sinar), ahli KWSP boleh memohon segala pengeluaran secara atas talian tanpa keperluan untuk menyerah apa-apa dokumen sokongan dan diberi kelulusan automatik untuk pengeluaran sehingga RM10,000 seorang selagi akaun 1 ada balance yang mencukupi.
3. Setelah diluluskan secara automatik, KWSP akan bayar pengeluaran tersebut terus kepada akaun bank atas nama pemohon sahaja.
Bukan susah pun nak laksanakan dari segi teknologi, dasar atau proses. Cepat, mudah dan selamat.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Artikel : AwatttSyeikhh Network
Leave a Reply