PU Azman Tampil Buat Permohonan Maaf. Rupanya Apa Yang Terjadi Adalah Tidak Sengaja

“HAHAHA sorry gaissss. Ni lah padahnya bila live sambil baring. Setengah jam tertido wei.”

Begitulah perkongsian penceramah bebas, PU Azman atau nama sebenarnya nama sebenar Azman Syah Alias.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya semalam, PU Azman memohon maaf kepada pengikutnya ekoran beliau tertidur ketika siaran live.

Padah buat live ketika baring, PU Azman mohon maaf

Katanya, akibat live sambil berbaring, setengah jam beliau tertidur.

Lucunya, seorang kenalan terpaksa menghubungi untuk mengejutkannya serta aksi tertidur itu turut tetap ditonton pengikut setianya.

“Sampai ada yang call. Sori @ajimmajid, ustaz silent henset, saya terjaga bila dengar pintu bilik dibuka,” kongsinya.

Menerusi posting berkenaan, PU Azman turut sempat bergurau dengan menulis “Setakat yang sweetkapel VC sampai tertidur tu dah boleh duk belakang, meh belajar dengan aku.”

Pu Azman buat live sambil baring, sekali dia tak sedar setengah jam tertidur – Komedi Media

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi oleh pengikut dan rakan selebriti.

elizadsharifuddin – Epik sangat nih.

shieraijoy – Seronok tengok ustaz tidur.

therealfafau – CIKMANNNNNNNNNNN!!!!!

azzaelite – Hahahaadehhhhhh. Tidur pun kami terhibur!

feeyaiskandar – Buat hal lah Vik Man ni.

_amnnzm_ – Uishh Cik Man pun pandai ea temankan fans tidur.

aniisah_rasyidah – Gigih la usaha Cik Man nak memastikan soalan netien dapat dijawab sampai tertidur. Semoga Allah permudahkan urusan Cik Man dan
sentiasa dalam lindunganNya.

PU Azman turut disapa mesra sebagai Cik Man sangat aktif di laman sosial dan antara individu yang banyak menyampaikan dakwah yang santai.

Namanya juga sangat dikenali warganet apabila banyak menyelitkan elemen lucu dalam dakwahnya.

Sumber : SINAR PLUS

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

1 Trackback / Pingback

  1. Homepage

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*