Bekas Suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Tampil Jelaskan Isu Tidak Beri Nafkah Dan Buat Tuntutan Cukai Buku Sekolah Yang Telah Dibeli Oleh Rita

Umum sedia maklum, hubungan rumah tangga pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan bersama pelakon Rita Rudaini telah berakhir pada tahun 2014. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayya Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Kemudian, Aidil Zafuan mengambil keputusan untuk berkahwin bersama Zarema Zainal pada tahun yang sama dicerai dengan aktres itu.

Malah, sebelum ini juga Rita Rudaini pernah didakwa mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk menuntut nafkah kepada Aidil Zafuan di mahkamah. Cerita ini tidak kesudahan apabila ada ‘mulut-mulut’ yang mendakwa Aidil Zafuan tidak beri nafkah kepada anak-anaknya.

Didakwa tidak beri nafkah cukup

Aidil Zafuan mengeluarkan satu kenyataan menegur mulut sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak. Kenyataan tersebut telah dimuat naiknya menerusi entri di IG Story.

Aidil menjelaskan bahawa dia selama ini telah memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak setiap bulan tanpa gagal seperti mana yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. Malah, dia juga mempunyai bukti pembayaran wang yang telah dipindahkan ke akaun yang seharusnya. Tambahnya lagi, seharusnya ‘pihak sebelah sana’ sudah maklum terima nafkah tersebut.

Selama ini saya berdiam

Aidil didakwa mengeluarkan kenyataan sebegini adalah kerana ada segelintir pihak melemparkan tuduhan dengan mengatakan dia tidak memberi nafkah. Dia juga berharap agar ‘pihak sebelah sana’ tidak menghebahkan perkara sebenar sehingga menimbulkan keraguan orang ramai mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

Tidak beragak ambil tindakan

Tambah Aidil lagi, dia selama ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan adalah bersebab. Dia tidak mahu masalah yang dihadapi ini memberi kesan di media sosial dan anak-anak yang sedang membesar.

Bukan itu sahaja, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tanpa bukti asas.

Sumber: Aidil Zafuan via OH BULAN

Be the first to comment on "Bekas Suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Tampil Jelaskan Isu Tidak Beri Nafkah Dan Buat Tuntutan Cukai Buku Sekolah Yang Telah Dibeli Oleh Rita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*