Ibu Neelofa Bagi Tips Tips Jaga Suami Kepada Ameera Khan Dan Noornabila (Video)

Baru baru ini viral isu ibu Neelofa tentang daging Harimau Menangis dimana netizen naik angin apabila nama Harimau Menangis dimohon Datin Noorkartini untuk paten.

Perkara ini selesai dengan cepat apabila permohonan paten tersebut telah pun ditarik balik.

Sebut sahaja nama usahawan Datin Noor Kartini, pasti ramai yang sering mengikuti perkembangan semasa mengenai keluarga yang digelar ‘Kardashian Kelantan’ itu.

Baru-baru ini, menerusi saluran YouTube Rosix dan Bella, mereka ada berkongsi satu video sembang santai bersama Noor Kartini dan Ameera Khan atau mesra disapa Little Miss Khan (LMK).

Namun, antara yang menarik perhatian adalah soalan diajukan oleh Ameera dan jawapan diberikan ibunya yang disifatkan berguna untuk orang lain juga.

Sembang Sembang Santai Anak Beranak

Menerusi video itu, Ameera meminta tips ataupun nasihat yang paling berguna kepada dirinya tentang alam perkahwinan daripada ibu tercinta.

Jawapan yang diberikan oleh Noor Kartini sememangnya jawapan yang sangat padat dan mendalam. Beliau berpesan untuk sentiasa mengenali pasangan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

“Kita kena kenal pasangan kita. Contoh macam kita buat kek, kek itu adalah diri kita, acuan itu adalah suami kita.

“Kita kena masuk, duduk dalam acuan. Kita kena kenal dan faham siapa bakal suami kita,” ulas ibu kepada selebriti popular, Neelofa itu.

Selain itu, Ameera juga menceritakan perhubungan cintanya yang sebelum ini sering dilanda dugaan dan dia tidak memahami pasangannya yang sering berubah-ubah.

“Orang lelaki ini dia tahu dia ada kuasa jadi ego dia tinggi. Kita sebagai orang perempuan, kena selalu sabar dan duduk bawah dia sebab kalau kita cabar ego dia, dia lagi memberontak jadi makin teruk.

“Tapi kalau kita faham dia, ikut dia, tahu apa yang dia suka dan tak suka, kita akan menang,” tambah wanita berusia 55 tahun itu.

Noor Nabila juga sempat memberi pandangan dengan mengatakan hati perempuan sememangnya harus sentiasa bersabar dengan sifat lelaki, namun tidak semua orang mampu melakukan itu.

Wah! Nasihat yang sangat bernas ya. Para wanita boleh dengar dulu supaya nanti dah kahwin boleh kekalkan hubungan harmoni antara suami isteri.

KOMEN NETIZEN:

Sumber: Youtube Bella & Rosix

Be the first to comment on "Ibu Neelofa Bagi Tips Tips Jaga Suami Kepada Ameera Khan Dan Noornabila (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*