
Cawangan terbaharu kedai minuman BubbleBee di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang milik selebriti terkenal, Shuib terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa semalam susulan tiada lesen perniagaan dan kad kesihatan.
Perkara tersebut tular selepas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memuat naik satu hantaran dalam Facebook yang memaklumkan kedai minuman BubbleBee ditutup kerana beroperasi tanpa lesen.
“Penutupan kedai minuman Bubblebee di Jalan Beserah kerana beroperasi tanpa lesen premis perniagaan.
“Selain dari tiada lesen perniagaan, pengendali makanan juga tidak mempunyai kad kesihatan,” tulis MPK dalam entri tersebut.
Meninjau ruangan komen, seorang individu bernama Kamarul Deqwa yang mendakwa dia merupakan salah seorang staf bahagian pengurusan jenama berkenaan turut mengesahkan perkara tersebut.
“Saya selaku bahagian Pengurusan BubbleBee memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku.
“Masalah yang terjadi adalah kerana setiap dokumen yang diserah selesai kepada runner perlesenan tidak dihantar ke bahagian perlesenan MPK.
“Insya-Allah kami akan buka dalam masa terdekat selepas selesai urusan perlesenan. Harap maaf dengan segala kesulitan,” tulisnya dalam ruangan komen.
SHUIB BUAT PENGUMUMAN MENGEJUT DI HOTFM
Mula menyertai Hot FM sekitar 2019, penyampai radio Shuib secara rasminya mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada stesen berkenaan.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik nama Shahmira Muhamad, 36 menerusi satu siaran di radio tersebut pada 18 Januari 2021 jam 8:50 pagi.
Mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama dengan Fizie dan Shuk, Shuib berkata keputusan drastik ini sudah lama difikirkan.
Menurut suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin juga, beliau mengambil keputusan berkenaan kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang dijalankan.
Sementara itu, Shuib yang turut berat hati dengan keputusan itu menyatakan beliau sangat seronok sepanjang berada di Hot FM.
Video Detik Shuib Umum Berhenti HotFM
Mengimbau kembali kenangan manis yang pernah dilalui, Shuib berkongsi cerita di mana pada hari pertama bekerja di stesen itu, beliau perlu menemuramah Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Apa-apa pun, Hot FM ingin mengucapkan terima kasih kepada Shuib yang telah menceriakan hari-hari kami setiap pagi dan semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Sumber : Kosmo Online / HOTFM
Leave a Reply