Adakah Rentas Negeri Dibenarkan Ketika PKP2.0. Ini Jawapan PM Muhyidin Yassin

Putrajaya, 11 Jan – Susulan peningkatan COVID-19 kepada angka empat digit, kerajaan memutuskan untuk melarang aktiviti rentas negeri di seluruh negara.

Malah, pergerakan rentas daerah juga adalah dilarang sama sekali bagi negeri yang dikenakan PKP yang bermula 13 Januari sehingga 26 Januari akan datang.

“Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.”

PKP Di Pulau Pinang, Selangor, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor Dan Sabah Dari 13 Jan Hingga 26 Jan – PM

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang media sebentar tadi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Menurut beliau, PKP hanya akan membabitkan enam negeri sahaja iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula akan dikenakan ke atas enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan pula akan dikenakan ke atas negeri Perlis serta Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Tambahnya, negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Sumber : BERNAMA via SIAKAP KELI

Be the first to comment on "Adakah Rentas Negeri Dibenarkan Ketika PKP2.0. Ini Jawapan PM Muhyidin Yassin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*