Ingat Lepas, Rupanya Tak Lepas. Tiga Sekeluarga Hadapi Detik Cemas

Tiga sekeluarga nyaris le.mas setelah kenderaan yang mereka naiki hanyut terperangkap dalam air banjirr di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai, di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mang.sa yang datang dari Kuantan, Pahang itu menghala ke Mak Lagam.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Ford Ranger 4×4 telah meredah air ban.jir, walaupun jalan itu telah ditutup kepada semua kenderaan.

Akibat tindakan tersebut menyebabkan kereta mang.sa rosak dan tenggelam di dalam air berkenaan.

Terdapat tiga mang.sa dalam kenderaan, iaitu seorang lelaki dan dua perempuan yang berusia antara 20 hingga 40 tahun dan kesemuanya berjaya keluar menyelamatkan diri.

Pihak polis dan bomba yang berada di lokasi turut memberikan bantuan kepada mang.sa dan mengeluarkan kenderaan mereka.

Beliau mengingatkan kepada orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa, terutamanya melibatkan laluan yang dinaiki air.

KOMEN NETIZEN:

“Bangang ingat bawak kapal selam ke… Menyusahkan pihak yg mmg tgh duk susah”

“Bila da terlebih bijak..xnk dengar ckp..rasakan lah..xyah da nk kesian org2 jenis kepala batu cmni..”

“Degil..menyusahkan org..xkisah la apa niat..ada sebab pihak keselamatan tutup..”

Sumber : Info Roadblock JPJ/Polis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ingat Lepas, Rupanya Tak Lepas. Tiga Sekeluarga Hadapi Detik Cemas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*